Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic5 Pro – Pengalaman 30 hari pertama

HONOR Magic5 Pro Malaysia

HONOR Magic5 Pro mungkin baru sahaja memasuki pasaran Malaysia namun telefon pintar flaghsip HONOR ini telah bersama kami hampir satu bulan.

Sejak dari hari pertama sehingga kini, HONOR Magic5 Pro boleh dikatakan telah memperbaiki pelbagai kelemahan yang dimiliki HONOR Magic4 Pro.

Berikut adalah pengalaman kami tentang telefon pintar terbaik MWC 2023 ini selepas satu bulan penggunaan .

Rekaan Premium yang tahan lasak

Tidak dapat dinafikan bahawa HONOR Magic5 Pro adalah sebuah telefon pintar yang berat iaitu pada 219gram namun pengagihan berat yang seimbang memastikan ianya tidak ‘rasa’ berat pada tangan.

Selain itu, penggunaan panel belakang gelas yang mempunyai kemasan matte memastikan telefon pintar ini kekal cantik walaupun tanpa sebarang casing namun rangka yang memiliki kemas krom dilihat sedikit mudah tercalar.

Satu lagi kelebihan HONOR Magic5 Pro adalah penarafan IP68 yang memastikan telefon pintar ini kalis air dan habuk.

Skrin Paparan yang terbaik dan melindungi mata

HONOR Magic5 Pro memiliki paparan OLED yang memberikan pengguna sebuah panel yang bukan hanya memberikan anda pengalaman visual yang luar biasa, malah ianya juga melindungi mata dari kesan penggunaan yang berpanjangan seperti pendedahan kepada cahaya biru dan banyak lagi.

Paparan HONOR Magic5 Pro ini memiliki sokongan kadar segar semula 120Hz yang mana ianya menyokong kadar antara 1Hz hingga 120Hz bergantung kepada kandungan pada skrin dan ini dilihat memberikan kami jangka hayat bateri yang sangat baik.

Beberapa lagi ciri yang harus diberikan pujian adalah  ciri 2160Hz PWM Dimming, Dynamic Dimming dan Circadian Night Display yang mengurangkan kesan penggunaan jangka panjang kepada mata dan HONOR Magic5 Pro ini juga menjadi telefon pintar pertama untuk menerima Pensijilan TÜV Rheinland Circadian Friendly Certification.

Cip Terbaik dipasaran pada HONOR Magic5 Pro

HONOR Magic5 Pro menampilkan penggunaan cipset terbaik dipasaran yang dikeluarkan setakat ini iaitu Snapdragon 8 Gen 2 dan penambahbaikan prestasi adalah sangat ketara berbanding HONOR Magic4 Pro.

Kelancaran peranti dan prestasi keseluruhan juga dilihat telah bertambah baik dan kami juga dapat menikmati prestasi gaming yang lebih stabil tanpa sebarang pengeluaran haba yang melampau.

Satu lagi kelebihan HONOR Magic5 Pro adalah MagicOS 7.1 yang berasakan Android 13 dan ianya memberikan kami satu antaramuka yang stabil dan lebih mesra pengguna dengan pelbagai ciri seperti AI Privacy Call 2.0, Free Gesture Control, HONOR Connect dan banyak lagi.

Lebih best, HONOR juga telah memberikan komitmen bahawa Magic5 Pro akan menerima 3 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan yang memastikan anda akan menerima perisian terbaik untuk telefon pintar anda bagi tempoh yang lebih panjang.

Kamera yang Power

HONOR Magic5 Pro adalah antara telefon pintar dengan sistem kamera terbaik dipasaran seperti yang disahkan oleh DxOMark dan lebih lama kami menggunakanya, lebih banyak potensi kamera telefon pintar ini dapat diterokai.

Selain itu, kemaskini perisian terbaru dilihat telah menambahbaik kualiti imej yang diambil menggunakan kesemua sensor flagship 50MP telefon pintar ini.

Bateri berkapasiti tinggi 

Kombinasi penggunaan bateri berkepadatan tinggi membolehkan HONOR Magic5 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 5,100mAh yang digabungkan dengan kecekapan tenaga cip Snapdragon 8 Gen 2 sekaligus memberikan kami satu pakej peranti yang bukan hanya berprestasi tinggi malah mampu memberikan kami sehingga 1 hari jangka hayat bateri tanpa sebarang masalah.

HONOR Magic5 Pro ternyata mampu memberikan anda prestasi yang konsisten walaupun ianya digunakan untuk tempoh yang lama kerana pengguna tidak lagi menukar

telefon pintar dengan kerap dan rekaan yang berkualiti juga memastikan telefon pintar ini akan kekal cantik untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

HONOR Magic5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,299 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 807 yang termasuk pembesar suara Bluetooth HONOR Choice, 1 tahun lanjutan waranti dan 180 hari pelan perlindungan skrin.

Dapatkan Magic5 Pro di HONOR Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.