Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan rasmi HONOR Magic5 Pro kini bermula – hadiah percuma bernilai RM 800

Honor Magic5 Pro

HONOR Magic5 Pro kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM4,299 bagi versi 12+512GB.

Mulai 14 April ini, HONOR Magic5 Pro sudah boleh dibeli menerusi pelbagai saluran termasuk laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, Pengedar Sah HONOR, Senheng, SenQ, COURTS, Harvey Norman dan Urban Republic.

Bagi setiap pembelian HONOR Magic5 Pro, anda turut akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM800 yang termasuk HONOR CHOICE Portable Bluetooth Speaker, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.

Sementara itu, HONOR Magic5 versi standard 12+256GB dan HONOR Magic Vs akan mula tersedia ditawarkan di Malaysia dari 28 April ini masing-masing pada harga RM3,499 dan RM5,999. 

Selaras dengan pelancaran jualan HONOR Magic5 Pro, HONOR juga telah berkerjasama dengan Maxis, Digi dan Celcom untuk pelan pascabayar bagi peranti flagship ini.

Dapatkan HONOR Magic5 Pro dengan pelan pascabayar telco

Maxis menawarkan bayaran ansuran sehingga 36 bulan untuk HONOR Magic5 Pro, hanya pada RM109 sebulan dengan Maxis Postpaid 98.

Maklumat lanjut tentang HONOR Magic5 Pro bagi pelan Maxis Postpaid, boleh layari: https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/magic5-pro-5g

Selain itu, pelanggan Celcom pula boleh membawa pulang HONOR Magic5 Pro pada harga RM2,199 dengan Celcom MEGA Postpaid mulai hari ini.

Untuk maklumat lanjut bagi pelan Celcom Postpaid bagi HONOR Magic5 Pro, layari laman sesawang Celcom: https://www.celcom.com.my/magic5-pro

Dalam pada itu, HONOR Magic5 Pro juga boleh didapati dengan pelan PhoneFreedom 365 Digi serendah RM66 sebulan. Maklumat lanjut tentang HONOR Magic5 Pro dengan pelan Digi Postpaid sila layari: https://digi.my/magic5pro

Jualan pra-tempahan telefon pintar ‘Terbaik MWC 2023’, HONOR Magic5 Pro mendapat sambutan hangat

Siri HONOR Magic5 menerima pujian daripada pengguna sejak pelancaran rasmi di Malaysia pada minggu lalu kerana harganya yang berpatutan.

Menurut saluran data maklum balas, lebih 70% kedai HONOR melaporkan HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs habis dijual semasa tempoh pra-tempahan. 

Sambutan yang menggalakkan ini berikutan HONOR Magic5 pro menguasai dunia teknologi dengan gabungan ciri-ciri moden dan teknologi terkini yang tiada tandingan.

Pendekatan Mesra Pengguna: Program HONOR Magic Experience Officer di Malaysia

HONOR juga sentiasa mementingkan kepuasan pengguna dan komitmen ini terbukti melalui pelaburannya di Malaysia.

HONOR memberikan keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan saluran pembelian yang menyenangkan, HONOR telah menambah lebih ramai kakitangan di kedai jualan.

Bagi memastikan pengguna menerima produk yang inovatif dan berkualiti tinggi, HONOR meningkatkan pelaburannya dalam  kajian dan pembangunan, dengan meletakkan 60% daripada 16,000 pekerjanya untuk bekerja dalam sektor ini.

Pelancaran Siri HONOR Magic adalah bukti terhadap dedikasi jenama ini demi mencapai kejayaan.

Bagi menyediakan pengalaman positif kepada pengguna dengan Siri HONOR Magic, HONOR telah mengadakan program Magic Experience Officer dan merekrut sekumpulan rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman menggunakan peranti baharu sebelum pelancarannya di Malaysia. Program ini menerima respons luar biasa dengan lebih 2,000 pendaftaran dalam masa 10 hari dan 80 individu bertuah telah dipilih untuk menyertainya.

Melalui pendekatan mesra pengguna dan pelaburan inovasi, HONOR bersedia untuk meneruskan perkembangan dan kejayaannya di Malaysia.

Komitmen jenama ini untuk membawa produk dan khidmat yang cemerlang demi memenuhi kehendak pengguna dibuktikan melalui Siri HONOR Magic dan program Magic Experience Officer.

HONOR bekerjasama dengan Enrich Malaysia Airlines untuk peraduan akses ke KLIA Golden Lounge

HONOR telah mengumumkan kolaborasi dengan Enrich Malaysia Airlines untuk menawarkan 7,000 mata ganjaran Enrich kepada pembeli Siri HONOR Magic bertuah.

Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk akses ke ruang istirahat mewah Malaysia Airlines Golden Lounge atau untuk tiket domestik Malaysia Airlines.  

Seramai 320 pembeli akan dipilih sebagai pemenang dan mereka berpeluang menikmati Hospitaliti Malaysia dan akses premium di Golden Lounge sebelum berlepas atau transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Untuk mengambil bahagian, pembeli hanya perlu menangkap foto atau video menggunakan HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic5 atau HONOR Magic Vs berserta berkongsi perkara disukai mengenai peranti tersebut di Facebook.

Mereka juga dikehendaki tag dua rakan Facebook dan hantaran tersebut perlu dikongsi secara terbuka dengan bersertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich. 

Maklumat lanjut tentang Siri HONOR Magic5 dan lain-lain promosi, ikuti Facebook HONOR Malaysia dan laman rasmi di https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.