Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Senarai ATM Duit Raya bagi CIMB, Maybank, AmBank dan Affin Bank

ATM Duit Raya

Komuniti Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya didalam masa beberapa hari sahaja lagi dan ini juga bermaksud tradisi balik kampung dan pemberian duit raya akan menjadi satu kemestian terutamanya kepada kanak-kanak.

Jika anda ingin menukar wang kertas baharu bagi mengisi sampul duit raya anda sebelum pulang ke kampung halamana, agensi bank-bank tempatan telah mengumumkan pengeluaran mudah wang kertas terus di mesin ATM terpilih dan ini adalah senarai ATM Duit Raya yang menawarkan kemudahan pengeluaran wang kertas baharu RM 10 dan RM 50.

Maybank Duit Raya ATM 2023

Maybank

Maybank telah mengumumkan bahawa penukaran wang kertas di mesin ATM yang terpilih kini sudah boleh dilakukan sehingga 24 April ini dan namun penawaran nilai wang kertas adalah samada RM 10 sahaja atau RM 50 sahaja atau kedua-dua sekali.

Senarai penuh mesin ATM Maybank yang menawarkan pengeluaran wang kertas baharu boleh dilihat di SINI

CIMB bank ATM Duit Raya 2023

CIMB Bank

CIMB Bank juga telah mengumumkan penawaran wang kertas baharu di ATM yang terpilih iaitu wang kertas RM 10 di kebanyakkan mesin ATM manakala pengeluaran wang kertas RM 50 hanya ditawarkan pada mesin ATM di cawangan KLCC dan Menara CIMB.

Senarai penuh di SINI

AmBank duit raya 2023

AmBank

AmBank juga menawarkan pengeluaran wang kertas baharu sempena Hari Raya ini namun hanya wang kertas baharu RM 10 ditawarkan.

Senarai penuh boleh dilihat di SINI

Affin bank duit raya

Affin Bank

Affin Bank juga menawarkan penukaran wang kertas baharu RM 10 dan RM 50 bermula 17 hingga 22 April 2023 dan jumlah pengeluaran adalah terhad kepada RM 5,000 sahaja.

Senarai penuh boleh dilihat di SINI

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.