Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo N55 kini rasmi dengan ciri Mini Capsule

realme narzo N55

realme secara rasminya telah memperkenalkan realme Narzo N55 yang menjadi telefon pintar kedua realme untuk hadir dengan ciri Mini Capsule selepas realme C55.

ciri Mini Capsule pada realme Narzo N55 juga akan mempunyai fungsi yang sama iaitu memaparkan status bateri, penggunaan data dan jumlah langkah.

Menyentuh spesifikasi telefon pintar ini, ianya tampil dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.72-inci dengan kadar segar semula 90Hz, cip Helio G88, RAM sehingga 6GB, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC.

Seterusnya, realme Narzo N55 ini juga memiliki satu sensor utama 64MP, sensor monokrom 2MP dan kamera selfie 8MP.

Lain-lain spesifikasi Narzo N55 adalah sensor capjari pada butang kuasa, pembesar suara UltraBoom dengan talaan daripada Dirac, bicu audio 3.5mm dan realme UI 4.0.

Jika anda berminat untuk mendapatkan realme Narzo N55 ini, anda boleh mendapatkan realme C55 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.