Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic5 Pro dan Magic Vs terima sambutan hangat di Malaysia – pra-tempahan kini dibuka

Telefon pintar flagship terbaru HONOR yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia iaitu Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs telah menerima sambutan hangat dikalangan pengguna tempatan.

Honor Magic5 Pro

 HONOR Magic5 Pro merupakan  telefon pintar yang dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 berserta sistem kamera dan paparan terbaik yang turut mendapat pengiktirafan DxOMark.

Dalam pada itu, HONOR Magic Vs berjaya menawan hati peminat telefon boleh lipat di negara ini dengan revolusi engsel tanpa ruang dan rekaan paparan yang praktikal.

Selain itu, HONOR Magic Vs juga mempunyai jangka hayat bateri yang terbaik dalam kategori telefon boleh lipat dan ianya juga disertakan dengan paparan dan prestasi berkelas tinggi.

HONOR Magic5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,299 manakala HONOR Magic Vs dijual pada harga RM5,999.

Pra-tempahan HONOR Magic5 Pro kini telah dibuka  sehingga 14 April dan pembelian peranti ini akan membawa turut menerima set hadiah bernilai lebih RM1,200 yang terdiri daripada pengecas kereta tanpa wayar HONOR SuperCharge 50W, Pembesar Suara Bluetooh Mudah Alih HONOR CHOICE, sarung HONOR Magic5 Pro, jaminan tambahan satu tahun dan perlindung retak skrin 180 hari.   

HONOR Magic Vs pula ditawarkan untuk pra-tempahan dengan hadiah percuma bernilai lebih RM2,200 iaitu Kopi Mesin NESCAFÉ Genio S Touch, sarung HONOR Magic Vs, jaminan lanjutan satu tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.

Pra-tempahan HONOR Magic Vs boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, dan pengedar sah HONOR sehingga 14 April ini.

Baca : ULASAN : HONOR Magic5 Pro – Prestasi dan Sistem Kamera yang Menyeluruh

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.