Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G kini telah dibuka untuk pra-tempahan

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G

OnePlus Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar didalam siri Nord iaitu Nord CE 3 Lite 5G kini telah mula dibuka untuk pra-tempahan.

Anda kini boleh membuat pra-tempahan bagi telefon pintar ini pada harga RM 1,099 sahaja dan pra-tempahan akan dibuka mulai 11 April sehingga 17 April ini dengan setiap pembelian semasa tempoh pra-tempahan akan menerima 1 unit Nord Buds , 1 tahun lanjutan waranti dan 1 tahun perlindungan skrin (jumlah keseluruhan bernilai RM 497).

Jualan rasmi akan bermula pada 18 April 2023 dengan percuma 1 tahun lanjutan waranti dan 1 tahun perlindungan skrin bagi pembelian sebelum 25 April.

Pra-tempah OnePlus Nord CE 3 Lite 5G di Lazada juga kini membolehkan anda menikmati diskaun tambahan bernilai RM 80 untuk menjadikan harga tersebut hanya RM 1,019 sahaja.

Selain OnePlus Nord CE 3 Lite, pra-tempahan bagi OnePlus Nord Buds 2 juga telah dibuka pada harga RM 329 namun dengan diskaun tambahan RM 30.

Maklumat lanjut di : OnePlus Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.