Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR melancarkan peraduan fotografi Magic Moments 2023, menawarkan hadiah bernilai sehingga USD110,000

HONOR telah mengumumkan penganjuran pertandingan fotografi mudah alih peringkat global, Anugerah HONOR Magic Moments 2023.

Ketua Pegawai Pemasaran HONOR Device Co, Ltd Ray Guo berkata, HONOR berkomited memperkasakan pengguna dengan mengeluarkan kamera telefon pintar terbaik bagi memudahkan mereka merakam karya seni. 

Anugerah tersebut mengalu-alukan penyertaan dari jurugambar sedang meningkat naik dan juga penggemar fotografi mudah alih.

Tempoh menghantar penyertaan bermula dari 6 April hingga 6 Ogos 2023. Sebagai jenama teknologi global terkemuka, HONOR berkomited menambah baik permintaan tinggi inovasi kamera dan HONOR Magic5 Pro yang dilancarkan baru-baru ini mendapat penilaian tertinggi dalam carta kedudukan Kamera DXOMARK dengan skor 152. Teknologi Millisecond Falcon Capture yang baharu mempercepatkan lagi proses pengimejan bagi pengguna merakam foto lebih menarik terutamanya pada momen penting

Menangi hadiah bernilai sehingga USD110,000!

Sejak dua tahun lalu, HONOR telah menerima lebih 500,000 penyertaan dari lebih 50 negara. Anugerah HONOR Magic Moments adalah pertandingan fotografi mudah alih yang sentiasa dinanti-nantikan dalam kalangan komuniti digital. Tahun ini, nilai hadiah dinaikkan kepada USD110,000 dan bilangan pemenang turut dinaikkan kepada 75 dari 67 orang. 

Jurugambar di Malaysia dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam anugerah kebangsaan tersebut yang bertemakan #MagicMomentsofMalaysia dan merakam momen pantas menggunakan telefon pintar. Tema tersebut bertujuan memberi inspirasi kepada jurugambar telefon pintar untuk menggunakan kecanggihan teknologi kamera peranti HONOR merakam kisah sebenar dan emosi individu menerusi beberapa tema.

Juara peringkat kebangsaan bagi 2023 akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, manakala dua pemenang Anugerah Fotografi Master masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Selain itu, tiga pemenang kategori Anugerah Jurugambar Berprestij dan Anugerah Kecemerlangan akan membawa pulang sebuah HONOR Magic5 Pro, sementara seramai 10 pemenang Anugerah Jurugambar Disegani akan memenangi telefon pintar Siri HONOR N yang terbaharu.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta dikehendaki memuatnaik gambar-gambar terbaik di Facebook, Instagram atau laman web rasmi  https://www.hihonor.com/my/magic-moments-awards/ dengan bersertakan tanda pagar #MagicMomentsofMalaysia.

Jelajah Fotografi Mudah Alih #MagicMomentsofMalaysia

Bersempena penganjuran Anugerah HONOR Magic Moments, HONOR Malaysia mengadakan jelajah fotografi di seluruh negara bersama rakan kongsi kenderaan rasmi Cycle & Carriage untuk merakam suasana menarik #MagicMomentsofMalaysia dengan menaiki kereta Mercedes-Benz.

Cycle & Carriage adalah antara pengedar terbesar Mercedes-Benz di Malaysia dengan rangkaian sebanyak 11 cawangan di seluruh Semenanjung, dari Alor Setar di utara ke Johor Bahru di Selatan.

Cycle & Carriage didorong semangat untuk mencipta pengalaman yang bertumpu terhadap individu dalam runcit dan perkhidmatan selepas jualan, dan menunjukkannya menerusi slogan Exceptional Journeys yang memberikan pengalaman terbaik kemewahan premium kepada pelanggan.

HONOR akan melantik peserta bagi setiap lokasi lawatan melalui laman Facebook Rasmi HONOR.  Sertai kami sambil meneroka kehebatan fotografi mudah alih menggunakan Siri HONOR Magic5 untuk merakam keindahan Malaysia.

Maklumat lanjut berkenaan HONOR Magic Moments Malaysia boleh layari https://www.hihonor.com/my/magic-moments-awards/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.