Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix HOT 30 dan HOT 30i kini rasmi di Malaysia dengan spesifikasi lebih power – serendah RM 399 sahaja

Infinix secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar Infinix HOT 30 Series untuk pasaran Malaysia dan ianya terdiri daripada dua model iaitu HOT 30 dan HOT 30i.

Infinix HOT 30

Infinix HOT 30

Infinix HOT 30 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksima sehingga 580nits. Telefon pintar ini dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio G88 bersama 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

HOT 30 juga mempunyai sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP, kamera selfie 8MP, sokongan dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan Android 13.

Infinix HOT 30 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Racing Black, Surfing Green, dan Sonic White pada harga RM 599 bagi versi 8/128GB.

Infinix juga akan menawarkan promosi terhad dari 14 hingga 17 April 2023 dimana anda boleh mendapatkan Infinix HOT 30 pada harga RM 549 di Lazada, Shopee atau TikTok Shop rasmi Infinix Malaysia.

Infinix HOT 30i

Infinix HOT 30i pula hadir dengan skrin paparan IPS LCD (HD+) berukuran 6.56-inci dengan kadar segar semula 90Hz, kecerahan maksima 500nits. Ianya dijana cip Unisoc T606/ Helio G37, 4GB RAM atau 8GB RAM bagi model NFC dan storan dalaman 128GB.

Infinix HOT 30i

Selain itu, Infinix HOT 30i memiliki sensor utama 13MP, sensor depth 2MP, kamera selfie 8MP, sensor capjari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, XOS yang berasaskan Android 12 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

HOT 30i ditawarkan didalam tiga warna iaitu Mirror Black, Glacier Blue, dan Diamond White pada harga RM 399 sahaja.

Infinix juga akan menawarkan promosi terhad dari 14 hingga 17 April 2023 dimana anda boleh mendapatkan Infinix HOT 30i pada harga RM 349 sahaja di Lazada, Shopee atau TikTok Shop rasmi Infinix Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.