Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix HOT 30 Free Fire Edition turut dilancarkan di Malaysia – RM 599

Infinix HOT 30 Free Fire Edition

Hot 30 Free Fire edition

Infinix HOT 30 Free Fire Edition adalah telefon pintar HOT 30 yang tampil dengan pelbagai aksesori tambahan FreeFire seperti case Free Fire, lanyard, topi dan pelekat.

Dari segi perisian dalaman, Infinix HOT 30 Free Fire Edition memiliki 46 widget dan ikon bertemakan Free Fire, serta wallpaper dan tona. Terdapat juga fungsi AR kamera khas yang membolehkan anda mengambil selfie berdasarkan watak Free Fire.

Infinix HOT 30 Free Fire Edition turut dilancarkan di Malaysia - RM 599 3

Spesifikasi dalaman Infinix HOT 30 Free Fire Edition adalah seperti model biasa dimana ianya tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset MediaTek Helio G88 bersama 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

HOT 30 juga mempunyai sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP, kamera selfie 8MP, sokongan dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan Android 13.

Infinix HOT 30 Free Fire Edition akan ditawarkan pada harga yang sama seperti edisi biasa iaitu RM 599 namun didalam kuantiti yang amat terhad.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.