Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tecno Spark 10 Series kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 599 sahaja

Tecno Spark 10 Series

Jenama telefon pintar yang kian meningkat naik di Malaysia iaitu Tecno telah mengumumkan bahawa Tecno SPARK 10 Series akan dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Tecno Spark 10 Series akan terdiri daripada tiga model iaitu Spark 10, Spark 10 5G dan Spark 10 Pro yang berkongsi kebanyakkan spesifikasi teras.

Tecno Spark 10 dan Spark 10 5G tampil dengan skrin paparan 6.56-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz manakala Spark 10 Pro pula memiliki skrin paparan berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Beralih kepada cipset, Spark 10 dan Spark 10 Pro tampil dengan cipset MediaTek Helio G88 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 128GB manakala Spark 10 5G hadir dengan cip Dimensity 6020 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Ke bahagian kamera pula, Tecno Spark 10 Series memiliki sensor utama 50MP bersama satu sensor sampingan. Kamera selfie adalah 32MP pada Spark 10 Pro manakala Spark 10 dan Spark 10 5G tampil dengan kamera selfie 8MP yang turut memiliki flash dwi-led pada semua model.

Seterusnya, Spark 10 Series juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan 18W, sokongan NFC, kad microSD dan dwi-SIM.

Akhir sekali, Tecno Spark 10 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 manakala Spark 10 Pro akan mempunyai harga RM 699 diikuti Spark 10 5G pada harga RM 799.

Jualan akan bermula dari 2 April ini dan pembelian Spark Spark 10 Series sebelum 8 April akan turut menikmati diskaun RM 50 dan TWS earbuds bagi pembelian Spark 10 / pembesar suara Bluetooth bagi pembelian Spark 10 Pro atau Spark 10 5G.

Pembelian Tecno Spark 10 Series boleh dibuat di stor rasmi Tecno di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.