Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO Z7 Series 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 10 April ini

iQOO Z7 Series Malaysia

Selepas pelancaran iQOO 11 5G beberapa bulan lalu, iQOO kini telah mengesahkan bahawa iQOO Z7 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 10 April ini.

iQOO Z7 Series akan terdiri daripada dua model iaitu iQOO Z7 5G dan iQOO Z7x 5G yang dilihat sebagai petsnti yang akan ditawarkan pada harga berpatutan.

iQOO Z7 5G adalah model yang lebih premium manakala iQOO Z7x 5G adalah model kelas entry level.

Buat masa ini, masih belum dapat disahkan samada spesfikasi iQOO Z7 5G dan iQOO Z7x 5G yang ditawarkan di Malaysia adalah sama seperti dipasaran India atau mengikut spesifikasi pasaran China.

Segala persoalan mengenai iQOO Z7 Series di Malaysia akan diketahui pada 10 April ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.