Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Elite 4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549 sahaja

Jabra secara rasminya telah mengumumkan penawaran satu lagi TWS premium untuk pasaran Malaysia iaitu Jabra Elite 4 pada harga RM 549.

Fon telinga ini diperbuat daripada bahan tahan lasak premium yang menawarkan penarafan IP55 terhadap habuk dan air dan didatangkan dalam empat warna klasik iaitu Dark Gray, Navy, Lilac dan Light Beige.

Berikut adalah ciri-ciri utama Jabra Elite 4:

  • Bluetooth® Multipoint penukaran lancar antara panggilan dan aplikasi
  • Fast Pair dan Swift Pair* sambungan segera ke komputer riba/telefon
  • Pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) menyekat bunyi latar belakang
  • Selesa dipakai sepanjang hari
  • Teknologi 4-mikrofon untuk kejelasan panggilan yang dioptimumkan
  • Jangka hayat bateri sehingga 22 jam dengan ANC dihidupkan (28 jam ANC dimatikan)
  • Spotify Tap (Android Sahaja)
  • Qualcomm® aptX™
  • Perlindungan kalis air dan habuj IP55, waranti 2 tahun**

Jabra Elite 4 boleh didapati di peruncit sah terpilih di seluruh negara dan di kedai Shopee Rasmi dan Lazada Jabra mulai akhir April 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.