Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find X6 Series kini rasmi dengan tiga sensor 50MP dan Snapdragon 8 Gen 2

OPPO Find X6 Series kini rasmi dengan tiga sensor 50MP dan Snapdragon 8 Gen 2 11

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship 2023 syarikat ini iaitu OPPO Find X6 Series.

OPPO Find X6 Series terdiri daripada dua iaitu Find X6 Pro dan Find X6 yang tampil dengan kamera dan spesifikasi yang cukup memberangsangkan.

OPPO Find X6 Series kini rasmi dengan tiga sensor 50MP dan Snapdragon 8 Gen 2 12

Oppo Find X6 Pro

Oppo Find X6 Pro memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.82-inci dengan resolusi 3168x1440px dan kadar segar semula 120Hz adaptive dan OPPO mendakwa ianya adalah panel skrin paling terang dengan kecerahan mencecah 2,500nits.

Selain itu, OPPO  Find X6 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan bersama 12GB/16GB RAM jenis dan storan dalaman 256GB/512GB jenis UFS 4.0

OPPO Find X6 Series kini rasmi dengan tiga sensor 50MP dan Snapdragon 8 Gen 2 13

Bercakap mengenai kamera, OPPO Find X6 Pro tampil dengan tiga kamera utama yang merupakan sensor terbesar pada setiap kategori sensor yang digunakan bermula dengan sensor utama 1″ 50MP Sony IMX989 dengan aperture f/1.8, sensor ultrawide 50MP IMX890 dengan apeture f/2.2 dan sensor periskop 50MP IMX890 dengan aperture f/2.6

Kamera ini juga mendapat sentuhan Hasselblad dan talaan pada warna boleh dicapai melalui profil Hasselblad Natural Colour ,  Hasselblad Pro Mode, mod  XPAN untuk gambar panoramik. OPPO juga menyertakan MariSilicon X dan menyokong pengambilan gambar deep fusion RAW.

Menutup bahagian kamera ini adalah dengan sedikit maklumat kamera selfie yang digunakan iaitu sensor 32MP IMX709 yang mana ianya adalah sama seperti pada OPPO Find X5 Pro.

Selain itu, OPPO Find X6 Pro juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 100W SuperVOOC yang memberikan 100% pengecasan didalam masa 28 minit dan pengecasan tanpa wayar 50W AirVOOC yang memberikan pengecasan 100% didalam masa 53 minit.

OPPO juga mendakwa bahawa sel ini mampu mengekalkan 80% kapasiti walaupun selepas 1600 kitaran pengecasan.

OPPO Find X6 Pro tampil didalam tiga warna iaitu Brown, Black, dan Green yang tampak anggun untuk dilihat dan ianya juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68 serta ColorOS 13.1 yang berasaskan Android 13.

OPPO Find X6 Pro akan ditawarkan pada harga bermula dari CNY 5,999 (RM 3,091) sehingga CNY 6,999 (RM 4,551).

OPPO Find X6 Series kini rasmi dengan tiga sensor 50MP dan Snapdragon 8 Gen 2 14

OPPO Find X6

OPPO Find X6 pula tampil dengan skrin paparan 6.74-inci dengan resolusi 2K+ bersama kadar segar semula semula 120Hz (40Hz-120Hz), cip MediaTek Dimensity 9200 dan bateri 4,800mAh dengan pengecasan pantas 80W (tiada pengecasan tanpa wayar).

Selain itu, OPPO Find X6 juga memiliki tiga sensor 50MP pada semua sensor namun sensor utama ini adalah jenis IMX890 yang sama seperti sensor telefoto periskop manakala sensor ultrawide adalah sensor JN1.

OPPO Find X6 Series kini rasmi dengan tiga sensor 50MP dan Snapdragon 8 Gen 2 15

OPPO Find X6 juga hadir dengan pensijilan IP54 dan ColorOS 13.1 yang berasaskan Android 13.

OPPO Find X6  akan ditawarkan pada harga yang bermula dari CNY 4,499 (RM 2,932) sehingga CNY 4,999 (RM 3,258).

Agak menyedihkan, OPPO Find X6 Series dilaporkan tidak akan ditawarkan untuk pasaran global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.