Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 Series akan dilancarkan untuk pasaran global pada 23 Mac ini

Selepas pelancaran Xiaomi 13 Series baru-baru ini, Xiaomi telah mengumumkan pelancaran global telefon pintar Redmi Note iaitu Xiaomi Redmi Note 12 Series.

Redmi Note 12 Series telah dilancarkan dipasaran China pada bulan November sebelum memasuki pasaran India pada bulan Januari dan kini akan ke pasaran global.

Pelancaran global Xiaomi Remi Note 12 Series dijangka akan menyaksikan tiga model diperkenalkan iaitu Redmi Note 12, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+

namun mungkin terdapat perbezaan spesifikasi pada model ini terutamanya Redmi Note 12.

Dalam pada itu, Redmi Note 12 Series dijangka akan memasuki pasaran Malaysia seperti generasi Redmi Note sebelum ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.