Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Desktop Acer Aspire XC dan Aspire TC kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,949 sahaja

Acer Malaysia secara rasminya telah mula menawarkan komputer desktop Acer Aspire XC dan Aspire TC yang dilengkapi  pemproses Intel Core Generasi ke-13.

Acer Aspire XC dan Aspire TC mempunyai kebolehan untuk menjalankan berbilang tugas setiap hari, Aspire XC tampil dengan rekaan yang kompak manakala desktop Aspire TC hadir dalam menara hitam dengan reka bentuk dan kemasan yang menarik serta mempunyai pemacu DVD-RW terbina.

Pemproses Intel Core ke-13 terkini juga membolehkan pengkomputeran harian yang stabil dan kecekapan kuasa yang lebih baik dalam kedua-dua desktop Aspire.

Dengan storan pemuatan pantas SSD sehingga 512GB untuk meningkatkan pengalaman pengkomputeran, kedua-dua desktop ini didatangkan lengkap dengan RAM DDR4 sehingga 8GB yang boleh ditingkatkan kepada 32GB berdasarkan keperluan pelanggan.

Untuk memudahkan persediaan untuk rumah, keluarga dan pelajar, desktop Aspire XC dan Aspire TC mempunyai Wi-Fi 6E terbina dalam untuk kesesakan wayarles yang lebih pantas dan mengurangkan, memberikan pengguna sambungan yang stabil.

Di samping itu, kedua desktop Acer ini juga mempunyai port input dan output yang mencukupi untuk memenuhi keperluan produktiviti dan hiburan harian di rumah.

Selain itu, komputer Acer ini juga tampil dengan edisi Windows 11 Home, siri Aspire XC dan Aspire TC dijual pada harga RM1,949.

Kedua-dua siri ini boleh didapati dengan segera di Acer eStore dan kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.