Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P60 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac ini

 

HUAWEI P60 Series

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship HUAWEI P60 Series akan dilancarkan pada 23 Mac ini di China.

Pelancaran HUAWEI P60 Series akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan HUAWEI P60 dan HUAWEI P60 Pro namun ianya juga akan disertai oleh telefon pintar foldable HUAWEI Mate X3 dan beberapa produk lain.

Dalam pada itu, telefon pintar flagship HUAWEI ini juga dikatakan akan tampil dengan skrin paparan QHD+ berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 100W, Harmony OS 3.0 dan pensijilan IP68.

Sebelum ini, beberapa hasil gambar dari HUAWEI P60 Pro juga telah dikongsi dan ianya juga mengesahkan telefon pintar ini akan mempunyai teknologi kamera XMAGE.

Buat masa ini, masih belum ada maklumat pelancaran global HUAWEI P60 Series diketahui .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.