Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix mengumumkan teknologi pengecasan pantas 260W dan pengecasan tanpa wayar 100W

Infinix secara rasminya telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas 260W All-Round FastCharge dan 110W Wireless All-Round FastCharge, di samping penyelesaian transformasi “All-Round FastCharge” yang menawarkan pengalaman pengecasan pantas yang fleksibel, selamat dan pintar untuk pengguna dalam semua senario.

Teknologi pengecasan 260W All-Round FastCharge membolehkan pengguna mengecas telefon pintar mereka ke tahap 25% dalam  masa 1 minit dan mencapai pengecasan 1-100% dalam masa 7.5 minit sahaja manakala pengecasan 110W Wireless All-Round FastCharge mampu mengecas peranti ke tahap 100% dalam masa 16 minit sahaja.

Teknologi FastCharge All-Round yang inovatif ini boleh memenuhi keperluan pengecasan pengguna yang berbeza dalam semua cuaca dan mengurangkan kebimbangan pengecasan pengguna dalam era 5G di mana penggunaan kuasa adalah lebih tinggi.

Teknologi pengecasan 260W All-Round FastCharge

Infinix telah membangunkan teknologi FastCharge 260W All-Round  yang meningkatkan pengecasan pantas telefon mudah alih dengan penemuan hebat dalam seni bina pengecasan, reka bentuk pengecas dan kabel pengecasan.

Seni bina pengecasan menggunakan reka bentuk litar pintar 4-Pam yang secara bijak mengenal pasti keperluan kuasa dan memperuntukkan bilangan pam cas yang diperlukan untuk berfungsi, dan bateri 4400mAh kadar tinggi 12C yang dinaik taraf dengan struktur lug berbilang elektrod, yang memastikan kecekapan penukaran pengecasan yang tinggi sehingga 98.5% dan bateri yang digunakan juga berupaya untuk mengekalkan lebih daripada 90% kapasitinya walaupun selepas 1,000 kitaran.

Pengecas menggunakan seni bina litar inovatif PFC + AHB tiga bahan GaN, yang mempunyai ketumpatan kuasa tinggi, saiz kecil, kawalan pengecasan yang lebih pintar dan selamat, dan rangkaian produk yang boleh dicas yang lebih luas.

Kabel pengecasan menyesuaikan diri dengan cip pengenalan Emarker, dengan reka bentuk struktur antara muka baharu. Kabel ini boleh membawa arus sehingga 13A dan apabila digabungkan dengan protokol pengecasan pantas tersuai Infinix, memastikan pengecasan pantas mencapai kadar 260W.

110W Wireless All-Round FastCharge

Teknologi pengecasan tanpa wayar 110W Wireless All-Round FastCharge baharu Infinix mampu mengecas telefon sepenuhnya dalam masa 16 minit sahaja.

Infinix telah mengatasi batasan seni bina pengecasan tanpa wayar tradisional, mengurangkan rintangan dalaman gegelung, dan seterusnya merendahkan kenaikan suhu telefon, meningkatkan masa pengecasan kuasa puncak dan menambah baik kecekapan pengecasan tanpa wayar.

Pengecas tanpa wayar 110W ini juga mempunyai reka bentuk gegelung dwi untuk pengecasan menegak dan mendatar. Stesen cas juga menggunakan kipas di pangkalan untuk penyejukan udara , yang meningkatkan kecekapan pelesapan haba di kawasan yang biasanya berpanas tinggi.

Infinix All-Round FastCharge

Infinix telah membangunkan penyelesaian pengecasan inovatif yang dipanggil All-Round FastCharge, yang membawa teknologi pengecasan ke tahap yang baharu.

Pelan jangka panjang syarikat bukan sahaja memfokuskan pada kelajuan, tetapi juga untuk mencipta pengalaman pengecasan menyeluruh yang pantas, fleksibel, pintar dan selamat.

Dengan penyelesaian ini, pengguna boleh mengecas peranti mereka dalam pelbagai cara, di mana sahaja mereka berada di dunia, tanpa terikat pada sumber kuasa. Matlamatnya adalah untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman pengecasan yang lancar dan mudah yang memenuhi semua keperluan mereka.

Teknologi ini membolehkan Infinix menawarkan pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar, serta pengecasan terbalik, pengecasan pintasan dan pengecasan berbilang protokol. Dengan pengecasan dwi-pantas berwayar dan tanpa wayar, pengguna boleh menikmati pengalaman pengecasan terbaik semasa dalam perjalanan.

Selain itu,fungsi pengecasan terbalik juga membolehkan pengguna mengubah telefon mereka menjadi pengecas mudah alih. Teknologi pengecasan pantas Infinix ini juga tersuai dengan berbilang protokol pengecasan pantas, termasuk PD 3.0, dan menawarkan ciri pengecasan dan pemantauan pintar seperti pengecasan malam dan pengecasan pintasan untuk memanjangkan hayat bateri dan mengurangkan haba.

Dari segi keselamatan, penyelesaian Infinix merangkumi lebih 140+ mekanisme perlindungan dan 20+ penderia suhu, memastikan operasi pengecasan yang selamat walaupun dalam persekitaran yang melampau.

Infinix juga telah mengesahkan bahawa teknologi pengecasan pantas ini bakal ditawarkan pada telefon pintar Infinix NOTE Series yang akan datang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.