Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kunjungi Samsung Galaxy Space di APW Bangsar dan rasai sendiri kehebatan Galaxy S23 Ultra

Samsung Galaxy Space kini telah dibuka kepada orang ramai bermula 3 Mac hingga 12 Mac yang memberikan anda peluang terbaik untuk menguji sendiri kemampuan telefon pintar flagship terbaru Samsung.

Samsung Malaysia Electronics menjemput anda ke APW Bangsar untuk pengembaraan pengalaman yang luar biasa. Selami empat ruang yang mengasyikkan – The Alley, The Ballie, The Escape dan Splash Art – di mana anda boleh merakam foto, meneroka pemandangan malam yang paling hebat dan menunjukkan kreativiti anda.

Jadilah jurugambar paling hebat dalam skuad anda dan biarkan kamera Galaxy S23 Ultra membuka potensi penuh anda. Ambil gambar cahaya rendah yang menakjubkan yang akan membuatkan rakan anda menjadi “woah”. Pastikan anda menguasai  fotografi ini dengan menunjukkan kepada kami gaya unik anda dan kongsi detik epik anda menggunakan #GalaxyS23 #ShareTheEpic #Send2MeLah #GalaxySpaceAPW.

Lihat sendiri foto-foto di bawah ini dan pastikan anda singgah ke Galaxy Space untuk merasai aktiviti paling menarik dan anda juga akan diberikan satu unit Galaxy S23 Ultra (pinjaman) untuk menguji kehebatanya di Galaxy Space ini.

Kunjungi keempat-empat ruang di Galaxy Space ini dan kumpulkan empat setem untuk mendapatkan secawan joe percuma di van barista setelah anda menyelesaikan keseluruhan aktiviti.

Luangkan Hujung Minggu ini untuk mengunjungi Galaxy Space di APW Bangsar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.