Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Ultra – Lebih Inovasi, kurang kesan kepada alam sekitar

Pada Februari 2023, Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy S23 Ultra yang merupakan telefon pintar Samsung Galaxy pertama yang menggabungkan bahan kitar semula pada komponen luaran.

Melalui kerjasama  dengan pelbagai rakan pembekal komponen, sejumlah 12 komponen dalaman dan luaran yang terdiri daripada aluminium, kaca kitar semula pra-pengguna serta plastik kitar semula telah digunakan pada Galaxy S23 Ultra.

Sebagai contoh, lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus 2 yang digunakan pada panel hadapan dan belakang ini mengandungi 22% kaca yang dikitar semula.

Selain itu, beberapa komponen dalaman Samsung Galaxy S23 Ultra dijuga diperbuat daripada jala ikan terbiar yang dikitar semula seperti bahagian dalama slot S-Pen dan modul pembesar suara dibawah.

Dari pembungkusan pula, Setiap telefon pintar Galaxy S23 Series kini hadir dengan kotak pembungkusan yang diperbuat dari 100% kertas kitar semula

Samsung telah melakukan usaha yang mementingkan alam sekitar sepanjang keseluruhan kitaran hayat produk daripada penyumberan, pengeluaran, pengedaran, penggunaan produk sehinggalah kepada pelupusan dan kitar semula.

Berdasarkan ini, Samsung Galaxy S23 Ultra telah memperoleh pensijilan ECOLOGO UL dan pensijilan Carbon Footprint dari Carbon Trust.

Dapatkan Samsung Galaxy S23 Ultra yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,699.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S23 Ultra – Kombinasi Prestasi dan Kamera yang lebih Ultra

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.