Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi perkenalkan teknologi pengecasan 300W – capai pengecasan penuh dalam 5 minit

Redmi secara rasminya telah memperkenalkan teknologi pengecasan 300W pada hari sama realme memperkenalkan realme GT 3 dengan pengecasan pantas 240W.

MWC 2023 : realme GT 3 kini rasmi dengan pengecasan pantas 240W

Anak syarikat Xiaomi ini mendakwa telefon pintar dengan teknologi pengecasan pantas 300W ini mampu mengecas penuh bateri didalam masa kurang 5 minit.

Redmi juga telah menjalan demostrasi yang dikongsi di akaun Weibo syarikat dengan menggunakan Redmi Note 12 Discovery yang diubahsuai dengan bateri 4,100mAh namun ujian dijalankan pada persekitaran yang dikawal.

Ianya mengambil masa sekitar 2 minit 11 saat untuk kapasiti bateri mencapai tahap 50% manakala pengecasan penuh telah dicapai didalam masa kurang 5 minit sahaja.

Selain itu, adapter yang digunakan untuk pengecasan pantas 300W ini adalah teknologi Double GaN yang mempunyai 50 tahap keselamatan namun masih pada saiz yang amat kompak.

Walaubagaimanapun, Redmi masih belum mengesahkan bila teknologi ini akan mula ditawarkan dipasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.