Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V27e kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299

vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan  vivo V27e pada harga RM 1,299.

vivo V27e akan hadir dengan rekaan yang memiliki gelung lampu flash yang dikenali sebagai aura light bersama rekaan chasis rata dengan warna yang unik.

vivo V27e memiliki skrin paparan Sunlight AMOLED 120Hz berukuran 6.62-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya turut dijana cip MediaTek Helio G99 bersama 8GB RAM + dan 256GB storan dalaman.

Selain itu, vivo V27e juga memiliki sensor utama 64MP yang memiliki OIS, sensor bokeh 2MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah unit 32MP.

Lain-lain spesifikasi vivo V27e adalah bateri 4,600mAh dengan pengecasan 66W FlashCharge, antaramuka FunTouch OS 13, sensor capjari dalam skrin dan Bluetooth 5.2.

vivo V27e akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Lavender Purple dan Glory Black pada harga RM 1,299 dan pengguna boleh mendapatkannya di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok.

Mulai 4 Mac  hingga 4 April 2023 , pelanggan yang membeli vivo V27e akan menerima hadiah percuma bernilai RM666, termasuk tag pintar bernilai RM69, pembesar suara Bluetooth bernilai RM99, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.