Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pakej Perpaduan Prabayar U Mobile kini ditawarkan pada harga RM 30 sebulan

U Mobile secara rasminya telah  mengumumkan bahawa Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Pakej Perpaduan) oleh kerajaan kini boleh dilanggan dilanggan oleh pelanggan U Mobile.

Pada harga hanya RM30, pelanggan boleh menikmati kuota internet sebanyak 30GB pada kelajuan 3mbps, selama 180 hari dan kuota 30GB ini juga boleh digunakan untuk hotspot dan semua aplikasi.

Selain itu, baki data ini juga boleh ditindan jika pelanggan mahu membeli semula Pakej Perpaduan.  

Pada titik harga ini, Pakej Perpaduan membantu memastikan semua rakyat Malaysia – terutamanya golongan B40, individu kurang upaya, veteran, warga emas (60 tahun dan ke atas) serta belia (bawah 30 tahun)mendapat internet pada harga yang mampu milik.

Pelanggan U Mobile yang layak boleh melanggan Pakej Perpaduan melalui aplikasi MyUMobile jika mereka menggunakan Pek Prabayar 5G U Mobile yang terkini.

Pakej Perpaduan boleh diaktifkan dengan mengikuti langkah berikut:

Langkah 1: Buka aplikasi MyUMobile

Langkah 2: Klik pada “Add Ons” dan pergi ke “Others”

Langkah 3: Melanggan Pakej Perpaduan

Untuk maklumat lanjut tentang penawaran ini, sila layari www.u.com.my.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.