Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Pro merampas kedudukan No.1 ujian kamera DxOMark dengan 151 mata

Honor Magic5 Series telah dilancarkan di MWC 2023 pada lewat malam tadi dan dua model telefon pintar didalam siri ini adalah Honor Magic5 dan Honor Magic5 Pro.

Honor Magic5 Pro yang merupakan model flagship syarikat ini nampaknya telah merampas kedudukan pertama di DxOMark dan pengesahan ini juga telah dikongsi dipentas pelancaran.

DxOMark telah memberikan Honor Magic5 Pro 151 mata bagi ujian kamera dan ini membolehkanya mengatasi HUAWEI Mate50 Pro yang memperoleh 149 mata diikuti Google Pixel 7 dengan 147 mata.

Berikut adalah kelebihan Honor Magic5 Pro seperti yang dirumuskan oleh DxOMark :

  • Terbaik untuk mengambil gambar keluarga dan rakan dengan tona warna kulit yang tepat dan butiran tinggi
  • Pemfokusan auto yang pantas dan tepat, walaupun dalam keadaan cahaya yang mencabar
  • Memberikan hasil gambar yang baik walaupun pada keadaan  cahaya malap
  • Prestasi zoom yang hebat pada semua julat

MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.