Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N2 Flip 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mac ini

OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar boleh lipat kompak syarikat ini iaitu OPPO Find N2 Flip akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mac ini.

Terus ke spesifikasi, OPPO Find N2 Flip mempunyai skrin paparan luaran yang lebih besar berbanding telefon pintar Flip yang lain iaitu panel OLED berukuran 3.62-inci dengan kadar segar semula 60Hz

Bercakap mengenai skrin utama, OPPO Find N2 Flip tampil dengan skrin LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz (1-120Hz) dan kecerahan maksima 1,600nits.

 

Seterusnya, OPPO Find N2 Flip dikuasakan dengan cipset daripada MediaTek iaitu Dimensity 9000+ dan terdapat tiga konfigurasi RAM LPDRR5 dan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 8/256GB, 12/256GB dan 16/512GB (masih belum ada kepastian varian mana yang akan ditawarkan di Malaysia).

Beralih kepada kamera, OPPO Find N2 Flip memiliki sensor utama 50MP IMX890 yang sama seperti pada Find N2 namun dipadankan dengan sensor ultrawide 8MP dan tiada sensor telefoto. Terdapat kamera selfie 32MP pada paparan utama. Find N2 Flip juga disertakan dengan cip NPU MariSilicon X namun sistem kamera Hasselblad tidak disertakan.

Selain itu, OPPO Find N2 Flip turut disertakan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang merupakan kapasiti terbesar pada telefon pintar kategori Flip dan ianya juga dipadankan bersama pengecasan pantas 44W yang memberikan pengecasan penuh didalam masa sekitar 60 minit.

Dalam pada itu, OPPO Find N2 tidak mempunyai sebarang perlindungan daripada air dan habuk dan panel luar telefon pintar ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.