Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark

MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark 15Penampilan Honor di Mobile World Congress 2023 telah menyaksikan syarikat ini melancarkan Honor Magic5 Series yang dilancarkan buat pertama kali dipasaran.

Honor Magic5 Series terdiri daripada dua model iaitu Honor Magic5 dan Honor Magic5 Pro yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark 16

Honor Magic5 Pro

Honor Magic5 Pro hadir dengan skrin paparan Quad Curved OLED LTPO berukuran 6.81-inci dengan kadar segar semula 120Hz, 2160Hz PWM dimming, kecerahan maksima sehingga 1,300nits (1,800nits pada SuperHDR), ciri Super Dynamic Display dan HDR10+.

MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark 17

Honor juga telah menggunakan pelbagai teknologi yang akan membantu mengurangkan kesan kepada mata dan tidur.

MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark 18

Dari segi dalaman, Honor Magic5 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB RAM jenis LPDDR5x dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.0 serta antaramuka Magic UI 7.0 yang berasaskan Android 13.

Bercakap mengenai bahagian kamera, Magic5 Pro tampil dengan reka bentuk modul kamera Starwheel Triple Camera yang diperbuat daripada satu keping keluli unibodi yang premium dan turut mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.

MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark 19

Selain itu, Honor Magic5 Pro dilengkapi tiga sensor iaitu sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto persikop 50MP yang turut memiliki OIS dan menyokong mod makro sedekat 30cm yang mana sistem kamera ini telah diiktiraf sebagai yang terbaik oleh DxOMark dengan 152 mata.  Kamera selfie adalah unit 12MP bersama ciri 3D facial recognition.

MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark 20 MWC 2023 : Honor Magic5 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera terbaik DxOMark 21

Selain itu, Honor Magic5 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh dengan sokongan pengecasan 66W Honor SuperCharge  dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Honor Magic5 Pro telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.