Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 T 5G kini ditawarkan oleh Maxis, Digi dan Celcom

Oppo Reno8 T 5G telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan telefon pintar ini kini  ditawarkan pada nilai belian yang lebih berbaloi melalui syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi dan Celcom.

Berikut adalah maklumat pelan yang ditawarkan oleh tiga syarikat telekomunikasi bagi OPPO Reno8 T 5G yang mempunyai harga jualan runcit RM 1,799.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, OPPO Reno8 T 5G memiliki skrin paparan AMOLED 120Hz 3D Curved berukuran 6.7-inci, pemproses Snapdragon 695 ,  8GB RAM + 8GB Extended RAM dan storan dalaman 256GB.

Bercakap mengenai kamera, OPPO Reno8 T akan memiliki sensor utama 108MP dengan teknologi NonaPixel Plus binning dan AI Portrait Super Resolution untuk hasil gambar yang lebih baik. Ianya juga disertakan kamera lensa mikro 40x dan kamera selfie 32MP.

Seterusnya , OPPO Reno8 T 5G juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 67W SuperVOOC dan OPPO menjanjikan prestasi bateri yang kekal baik walaupun selepas 4 tahun penggunaan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.