Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OnePlus Buds Pro 2 – Earbuds Terbaik OnePlus dengan Spatial Audio

Pelancaran OnePlus 11 5G di Malaysia juga telah menyaksikan syarikat ini memperkenalkan earbuds TWS flagship terbaru mereka iaitu OnePlus Buds Pro 2.

BacaULASAN : OnePlus 11 5G – Kembalinya sebuah peranti flagship killer

OnePlus Buds Pro 2 merupakan generasi kedua fon telinga Buds Pro yang membawa penawaran kualiti bunyi dan penggunaan yang mudah dan selesa ke tahap yang lebih tinggi.

OnePlus Buds Pro 2 menjadi realiti hasil kerjasama dengan rakan kongsi yang terkenal dalam industri iaitu Dynaudio dan ianya dilengkapi pelbagai ciri intuitif bersama reka bentuk premium yang sesuai dengan gaya hidup anda iaitu sama ada untuk bekerja atau berseronok, fon telinga ini adalah teman yang hebat yang akan menjadi pelengkap muzik anda.

OnePlus Buds Pro 2 kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 869 dan ini adalah ulasan TWS flagship syarikat ini.

Penampilan Premium

OnePlus Buds Pro 2 tampil dengan reka bentuk moden yang berkelas dan menarik perhatian ianya tampil didalam dua  warna yang menarik iaitu Hitam Obsidian, Hijau Arbor.

OnePlus Buds Pro 2 tampil dengan salutan matte NCL yang halus berserta stok indium yang digilap memenuhi  untuk penampilan visual yang berkelas tinggi dan tona warna Arbor Green ini dipilih daripada 50 warna yang berbeza untuk dipadankan dengan sempurna bersama  OnePlus 11 5G warna Eternal Green sekaligus memberikan anda penampilan yang khusus dan bergaya.

Selain itu, rekabentuk earbuds ini juga lebih kecil berbanding generasi sebelum ini dan dengan berat hanya 4.9 gram yang memastikanya ianya selesa dipakai walaupun untuk tempoh masa yang panjang.

Seperti kebanyakkan earbuds premium dipasaran, OnePlus Buds Pro 2 juga menampilkan penyelesaian in-ear yang dilihat menjadi pilihan kebanyakkan pengeluar dan terdapat tiga saiz eartip anti-bakteria yang disertakan bersama pembelian.

Menyempurnakan lagi fungsi earbuds ini adalah ianya dilengkapi pensijilian kalis air IP55 bagi earbuds dan IPX4 bagi bekas pengecasan yang membolehkan earbuds digunakan untuk aktiviti sukan namun  tidak sesuai untuk sukan air.

Walaupun bekas pengecasan OnePlus Buds Pro 2 ini adalah sedikit besar, namun bukaan yang luas membolehkan penyimpanan dan pengambilan earbuds adalah lebih mudah namun kekuatan magnet juga memastikan earbuds kekal kukuh didalam slotnya.

Selain itu, rekaan seperti ini juga membolehkan butang fungsi diletakkan pada bahagian dalam manakala lampu indikasi terdapat pada sisi.

Dalam pada itu, OnePlus juga mencetak logo syarikat dan logo Dynaudio pada bahagian atas bekas pengecasan dan terdapat slot USB-C pada bahagian belakang bekas pengecasan iaitu berhampiran dengan engsel.

Ciri-Ciri Audio Gred Flagship

OnePlus Buds Pro 2 tampil dengan beberapa ciri yang membolehkan ianya diletakkan sebagai antara earbuds premium terbaik dipasaran.

Untuk menikmati keupayaan sepenuh ciri ini, pastikan anda memuatnaik aplikasi HeyMelody yang tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.

Spatial Audio

OnePlus Buds Pro 2 tampil dengan bunyi sekeliling berlapis yang setaraf kesan bunyi pawagam, dengan ciri  Spatial Audio yang terhasil dengan kerjasama Google.

Dengan IMU enam paksi dan algoritma pemaparan spatial dibangunkan sendiri oleh OnePlus, anda akan sentiasa menjadi titik utama untuk pengalaman pendengaran premium yang mengasyikkan yang seperti pengalaman sinematik , tidak apa kira kandungan yang anda nikmati.

Walaubagaimanapun, Ciri ini hanya ditawarkan bersama telefon pintar flagship OnePlus 11 5G yang  memanfaatkan sepenuhnya bidang bunyi yang lebih luas, vokal yang lebih jelas dan suasana seperti teater.

Spatial Audio. berfungsi dengan baik apabila OnePlus Buds Peo 2 digunakan untuk menonton kandungan format audio berbilang saluran di YouTube atau audio dwi-saluran.

Selain itu, untuk memaksimakan potensi sebenar ciri Spatial Audio pada OnePlus Buds Pro 2 ini, OnePlus telah berkerja komposer muzik Hollywood terkenal iaitu Hans Zimmer untuk untuk mengarang karya muzik unik yang dihasilkan untuk menunjukkan ciri Spatial Audio.

Selain itu, Hans Zimmer juga bekerjasama dengan OnePlus untuk mencipta profil EQ khas yang membolehkan anda boleh mendengar muzik kegemaran anda dalam gaya unik komposer yang turut boleh dirasai pada filem hebat seperti Inception dan Interstellar.

Codec Hi-Res Audio LHDC 4.0

OnePlus Buds Pro 2 juga dilengkapi sokongan kodek LHDC 4.0 yang lebih baik dan ianya berfungsi di belakang tabir untuk memastikan penstriman audio Bluetooth yang lancar dengan nada dan kejelasan yang tulen.

Ciri Audio ID 2.0

Audio ID 2.0 akan mencipta sebuah profil audio yang diperibadikan untuk anda dengan bunyi semula jadi  yang disesuaikan untuk telinga anda dengan imbasan telinga dan ujian pendengaran yang cepat dan mudah.

Ciri ini ditambah dengan algoritma BassWave baharu OnePlus yang memberikan anda kesan bass dinamik dan vokal yang lebih tulen.

Ciri Smart Adaptive Noise Cancellation

Sebagai sebuah earbuds premium, memiliki ciri pembatalan bunyi hingar adalah satu kemestian dan OnePlus Buds Pro 2 tampil dengan ciri pembatalan hingar adaptif yang diperakui oleh TÜV Rheinland dengan kemampuan menapis bunyi bising sehingga 48dB yang menyesuaikan dengan persekitaran anda melalui pengunaan komponen pintar yang dipertingkatkan.

Sebelum mula menggunakan ciri ini, anda hanya perlu melalukan imbasan telinga dan terdapat tiga tahap pembatalan bunyi hingar yang ditawarkan untuk menawarkan anda pengalaman pendengaran yang terbaik.

Selain itu, mod Transparency OnePlus Buds Pro 2 juga membolehkan anda menikmati perbualan yang lebih jelas tanpa perlu menanggalkan earbuds ini dan ianya memberikan anda tahap  kesedaran keadaan sekeliling yang lebih baik.

Bunyi persekitaran yang diterima oleh mikrofon pada fon telinga, ditapis dan dimainkan semula ke dalam pembesar suara. Sentiasa mengetahui segala-galanya dalam persekitaran anda, walaupun ketika muzik  dimainkan.

Dalam pada itu, OnePlus Buds Pro 2 juga menawarkan kualiti panggilan suara yang sangat baik dengan penggunaan tiga mikrofon yang turut dibantu algoritma panggilan berasaskan AI.

Dual Connection

OnePlus Buds Pro 2 menyokong sambungan kepada dua peranti secara serentak dengan ciri Google Fast Pair yang akan mengimbas peranti berhampiran yang telah dipair dan akan tersambung secara automatik.

Selain itu, earbuds ini juga menjanjikan kadar latensi bunyi yang amat rendah iaitu hanya 54ms yang berjaya dicapai dengan penggunaan teknologi Bluetooth 5.3 LE.

Jangka Hayat Bateri

OnePlus Buds Pro 2 juga menawarkan jangka hayat bateri yang sangat baik iaitu sehingga 39 jam penggunaan dengan menutup mod ANC atau sekitar 25 jam dengan mod ANC.

Selain itu, earbuds sahaja mampu memberikan sehingga 9 jam waktu pendengaran iaitu dengan bateri 60mAh manakala bekas pengecasan memiliki bateri 520mAh.

Tidak setakat itu, OnePlus Buds Pro 2 juga menyokong pengecasan pantas yang mampu memberikan anda 3 jam waktu pendengaran dengan hanya 10 minit pengecasan melalui kabel USB-C atau pengecasan tanpa wayar.

Penutup

Secara keseluruhan, kesemua ciri ini membolehkan kualiti audio dan pendengaran muzik pada OnePlus Buds Pro 2 adalah antara yang terbaik dipasaran malah boleh dikatakan setaraf earbuds flagship Apple iaitu AirPods Pro generasi ke-3 yang selalu dikatakan sebagai yang terbaik dipasaran.

Pada harga RM 869, OnePlus Buds Pro 2 adalah  pesaing langsung kepada Apple AirPods Pro gen- 3 yang turut ditawarkan pada harga RM 879 (bagi model dengan pengecasan MagSafe).

Pra-tempah OnePlus Buds Pro 2 di SINI atau dapatkanya secara percuma dengan pembelian OnePlus 11 5G.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.