Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi TikTok TV kini ditawarkan di Malaysia

TikTok secara rasminya telah mengesahkan bahawa TikTok TV akan dilancarkan di Malaysia yang bermaksud aplikasi TikTok TV akan ditawarkan pada Google TV, peranti yang operasi pada OS Android TV, Samsung Smart TV dan LG.

Ini bermaksud pengguna di Malaysia kini boleh menikmati kandungan TikTok terus pada skrin besar di ruang tamu rumah mereka yang menawarkan pengalaman untuk menikmati kreativiti dan kegembiraan di TikTok bersama keluarga.

Aplikasi TikTok TV dibangunkan untuk pengalaman menonton TV di rumah, menjadikannya mudah untuk menonton kandungan daripada feed ”For You” dan ‘Following ‘ pada skrin besar. Ini termasuk video yang paling disukai dan ditonton merentas pelbagai kategori seperti permainan video, komedi, makanan dan haiwan.

Untuk pengalaman yang lebih diperibadikan, orang ramai boleh log masuk ke aplikasi TikTok TV dengan akaun TikTok sedia ada mereka.

 Maklumat lanjut mengenai TikTok TV boleh dilihat di sini https://newsroom.tiktok.com/en-my/tiktok-tv-is-now-available-in-malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.