Poco C55 akan dilancarkan pada 21 Februari ini
Poco secara rasminya telah mengesahkan bahawa Poco C55 akan dilancarkan pada 21 Februari ini dan ianya akan ditawarkan dipasaran India terlebih dahulu.
Poco C55 akan hadir dengan reka bentuk panel belakang yang diperbuat daripada faux leather dan ianya juga menempatkan dua sensor kamera dengan modul kamera seperti kebanyakkan telefon pintar Poco yang lain.
Walaupun tiada maklumat spesifikasi Poco C55 ini didedahkan, telefon pintar ini dikatakan akan tampil dengan spesifikasi yang sama seperti Redmi 12C.
Jika tepat, Poco C55 ini akan hadir dengan skrin paparan HD+ LCD berukuran 6.71-inci, pemproses MediaTek Helio G85, sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Selain itu, Poco C55 dijangka akan memiliki sensor utama 50MP bersama satu sensor depth pada resolusi 2MP dan kamera selfie 5MP.
Seterusnya, Poco C55 juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W.