Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Ultra BMW M Edition dilancarkan- terhad 1,000 unit sahaja

Samsung Galaxy S23 Series telah dilancarkan baru-baru dan ianya kini telah pun dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia.

Anda boleh baca : Pandang Pertama Samsung Galaxy S23 Ultra – Upgrade dalaman menyeluruh

Model premium didalam Galaxy S Series iaitu Samsung Galaxy S23 Ultra kini ditawarkan didalam versi BMW M Edition namun versi eksklusif ini hanya akan ditawarkan dipasaran Korea Selatan terhad kepada 1,000 unit sahaja.

Samsung Galaxy S23 Ultra BMW M Edition direkabentuk dengan berinsipirasikan BMW M3 E30 yang merupakan generasi pertama BMW M3 dan pakej eksklusif ini terdiri daripada case bertema BMW, logo BMW merentasi 6 era,   roundel BMW yang dilancarkan pada sambutan ulang tahun ke-50 syarikat dan logo logam “We Are M”.

Selain itu, pakej ini juga meliputi pemampat udara berkuasa bateri berjenama BMW, pemegang cawan/pengecas tanpa wayar, jam analog, buku foto dan poster. Selain itu, pembeli akan mendapat baucar pek permulaan untuk pusat memandu BMW di Incheon, Korea Selatan, di mana seorang pengajar terlatih akan memberi mereka pelajaran memandu.

Seterusnya itu, Samsung Galaxy S23 Ultra BMW M Edition juga akan hadir dengan perisian bertemakan BMW termasuk animasi pembukaan dan tema.

Samsung Galaxy S23 Ultra BMW M Edition ini kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga KRW 1,720,000 atau sekitar RM 5,894.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.