Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 3 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi – dengan pengecasan pantas 240W SuperVOOC

realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme GT Neo 5 yang dilancarkan di pasaran China semalam akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Selain itu, pihak realme Malaysia juga mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan dilancarkan sebagai realme GT 3 dipasaran global dan terdapat kemungkinan kedua-dua varian iaitu varian 240W dan 150W ditawarkan.

Walaupun mengesahkan perkara ini, realme GT 3 mungkin tampil dengan spesifikasi yang sedikit berbeza namun ianya hampir pasti akan turut menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

realme GT 3 juga dijangka akan tampil dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.74-inci dengan kadar semula 144Hz dan ianya memiliki resolusi 2772 x 1240, 100% liputan DCI-P3 dan kadar pensampelan sentuhan 1,500Hz.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.