Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama Samsung Galaxy S23 Ultra – Upgrade dalaman menyeluruh

Pelancaran telefon pintar paling penting atau antara yang terpenting pada tahun ini telah berlangsung pada 1 Februari yang lalu dan jika anda tidak tertinggal ‘bas’, anda pasti tahu bahawa kami memperkatakan tentang pelancaran Samsung Galaxy S23 Series atau secara spesifik Samsung Galaxy S23 Ultra.

Seperti tahun sebelum ini, Samsung Galaxy S23 Series terdiri daripada tiga model iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Samsung Galaxy S23 Ultra yang mana kesemua reka bentuk tahun ini adalah lebih uniform berbanding generasi sebelum ini.

Samsung Galaxy S23 Ultra adalah model premium didalam keluarga flagship ini dan telefon pintar ini kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga dari RM 5,699.

Sebelum membuat ulasan menyeluruh tentang telefon pintar terbaru Samsung ini, ada baiknya kami berkongi pandangan pertama kami tentang Galaxy S23 Ultra.

Reka Bentuk Sama?

Sekilas pandang, Samsung Galaxy S23 Ultra kelihatan sama seperti generasi sebelum ini namun terdapat penambahbaikan kecil yang sudah pastinya akan meningkatkan kepuasan penggunaan telefon pintar ini.

Sebagai contoh, paparan Dynamic AMOLED 2x pada Samsung Galaxy S23 Ultra kini mempunyai permukaan rata yang lebih luas tanpa terlalu melengkung pada sisi.

Samsung Galaxy S23 Ultra juga hadir dengan kotak pembungkusan 100% dikitar semula

Lebih banyak komponen yang dikitar semula

Galaxy for the Planet adalah inisiatif hijau syarikat gergasi Korea ini dan Samsung Galaxy S23 Ultra telah menggunakan 2 kali ganda lebih banyak komponen yang kitar semula berbanding pada Galaxy S22 Ultra iaitu sebanyak 12 komponen.

Antara komponen yang diperbuat daripada bahan kitar semula adalah gelas keselamatan Gorilla Glass Victus 2, SIM Tray, butang kuasa, butang kelantangan bunyi dan banyak lagi.

Selain itu, Samsung Galaxy S23 Ultra juga merupakan telefon Galaxy pertama untuk menerima pensijilan UL ECOLOGO, yang bermaksud ianya memenuhi piawaian alam sekitar yang ketat dan disahkan sebagai produk yang mempunyai kesan kepada alam sekitar yang rendah.

Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy

Selepas 10 tahun, ini adalah kali pertama Samsung menawarkan telefon pintar Galaxy S Series dengan penggunaan cip flagship Snapdragon disemua pasaran secara eksklusif.

Samsung juga memeterai kerjasama dengan Qualcomm yang membolehkan telefon pintar Samsung Galaxy S23 Series ini tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang direka khas dengan prestasi yang lebih tinggi berbanding cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digunakan oleh pengeluar lain.

Selain itu, Samsung Galaxy S23 Ultra juga kini tampil dengan kapasiti RAM yang sama bagi semua model iaitu 12GB manakala storan dalaman kini bermula dari 256GB.

Sensor utama 200MP

Samsung Galaxy S23 Ultra merupakan telefon pintar pertama Samsung untuk melakukan lompatan terbesar didalam teknologi fotografi dengan penggunaan sensor 200MP namun Samsung tidak hanya meletakkan sensor yang lebih berkuasa semata-mata untuk meningkatkan resolusi sensor utama telefon pintar ini.

Bersama Sensor 200MP, Samsung juga menjanjikan gambar Nightography dan videografi yang lebih baik.

Nantikan ulasan penuh kami untuk mengetahui kemampuan sebenar kamera Samsung Galaxy S23 ini.

Pra-tempah sekarang dan gandakan storan secara percuma (bernilai RM 500)

Samsung Galaxy S23 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,699 iaitu bagi varian 256GB namun Samsung Malaysia menawarkan anda versi 512GB pada harga yang sama jika anda membuat pra-tempahan sekarang.

Jika storan 512GB tidak mencukupi, anda boleh memiliki versi 1TB pada harga RM 6,699 sahaja iaitu dengan penjimatan sebanyak RM 500 (RRP RM 7,199).

Selain itu, anda juga boleh dapatkan diskaun sehingga 30% bagi pembelian dengan aksesori Samsung, tablet, jam pintar Galaxy, Siri Galaxy Buds dan Samsung Care+ yang terpilih. Anda juga boleh melakukan ‘trade-in’ peranti lama anda dan meninkmati rebat tambahan sehingga RM600.

Tidak setakat itu, Samsung juga akan menawarkan ebaucar bernilai RM 400 dengan pra-tempahan di laman rasmi Samsung Malaysia manakala bagi pembelian di Samsung Experience Stores atau Samsung Authorised Partners anda akan menerima aksesori percuma bernilai sehingga RM 458.

Pra-tempah melalui pautan dibawah :

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23-ultra/buy/

Pra-tempahan telah dibuka dari 2 Februari sehingga 23 Februari 2023

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.