Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo 5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan pengecasan pantas 240W

realme secara rasminya telah memperkenalkan realme GT Neo 5 yang hadir dengan teknologi pengecasan  240W yang merupakan teknologi pengecasan terpantas dipasaran.

Selain itu, realme GT Neo 5 juga ditawarkan didalam satu lagi varian yang mempunyai sokongan pengecasan 150W dengan bateri yang lebih besar namun dengan reka bentuk yang sama dengan RGB pulse lighting interface.

realme GT Neo 5 tampil dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.74-inci dengan kadar semula 144Hz dan ianya memiliki resolusi 2772 x 1240, 100% liputan DCI-P3 dan kadar pensampelan sentuhan 1,500Hz.

Selain itu, telefon pintar ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dimana versi 240W akan ditawarkan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 1TB manakala versi 150W akan ditawarkan didalam tiga pilihan RAM iaitu 8GB,12GB dan 16GB bersama storan dalaman 256GB.

Bercakap mengenai kamera, realme GT Neo 5 ini memiliki sensor utama 50MP Sony IMX890 yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 112° 8MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah sensor Samsung beresolusi 16MP.

Bercakap mengenai ciri mercu telefon pintar ini iaitu pengecasan dan bateri, realme GT Neo 5 240W memiliki bateri 4,600mAh yang mencapai pengecasan penuh didalam masa kurang 10 minit manakala realme GT Neo 5 150W memiliki bateri 5,000mAh. realme juga telah menerima pensijilan TUV Rheinland untuk memastikan keselamatan pengecasan ini.

Selain itu, realme juga menjamin bahawa bateri yang digunakan mampu menawarkan 1,600 kitaran pengecasan dengan mengekalkan kapasiti bateri pada 80% iaitu sehingga 4 tahun penggunaan.

Seterusnya, realme juga meletakkan lampu LED RGB di bahagian belakang, yang  berfungsi sebagai lampu notifikask dan boleh disesuaikan sepenuhnya untuk aplikasi yang berbeza. Ia juga akan menyala didalam warna merah apabila bateri berada di bawah 20%, Notifikasi lain  juga boleh diprogramkan melalui menu tetapan.

realme GT Neo 5 juga memiliki NFC, realme UI 4.0 dengan Android 13 dan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu White, Black dan Purple.

Harga bagi realme GT Neo 5 240W bermula dari CNY 3,199 (RM 2,035) manakala versi 150W bermula dari CNY 2,499 (RM 1,590).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.