Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X5 5G turut rasmi dengan cip Snapdragon 695 dan skrin AMOLED 120Hz

Selain Poco X5 Pro 5G, Poco juga telah memperkenalkan Poco X5 5G untuk pasaran global yang turut akan memasuki pasaran malaysia.

Poco X5 pula hadir dengan skrin paparan AMOLED DotDisplay 120Hz berukuran 6.67-inci yang turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3.

Dari segi dalaman, Poco X5 5G dijana cip Qualcomm Snapdragon 695 bersama dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB.

Selain itu, Poco X5 5G juga dilengkapi sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 13MP.

Setersunya, Poco X5 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W dan MIUI 13 for Poco.

Lain-lain spesifikasi Poco X5 5G adalah dwi-pembesar suara, IR blaster, NFC, sensor capjari di sisi dan bicu audio 3.5mm.

Poco X5 5G akan ditawarkan di Malaysia didalam tiga warna iaitu Green, Blue dan Black pada harga RM 1,099 bagi versi 6/128GB dan RM 1,199 bagi versi 8/256GB.

Dalam pada itu, Poco X5 5G akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee  dan terdapat harga istimewa bagi pembelian terawal iaitu RM 999 bagi versi 6/128GB dan RM 1,099 bagi versi 8/256GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.