Poco X5 Pro 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz AMOLED dan cip Snapdragon 778G – dari RM 1,299
Poco secara rasminya telah melancarkan Poco X5 5G dan Poco X5 Pro 5G untuk pasaran global dan telefon pintar ini akan turut ditawarkan di Malaysia bermula 9 Februari ini.
Poco X5 Pro 5G adalah model yang mencuri tumpuan dan ianya telah hadir dengan skrin paparan 120Hz Xfinity AMOLED berukuran 6.67-inci yang turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.
Dari segi dalaman, Poco X5 Pro dijana cip Qualcomm Snapdragon 778G bersama dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB.
Selain itu, Poco X5 Pro 5G juga dilengkapi sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.
Setersunya, Poco X5 Pro 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W dan MIUI 14 for Poco.
Lain-lain spesifikasi Poco X5 Pro 5G adalah dwi-pembesar suara, IR blaster, NFC, sensor capjari di sisi dan bicu audio 3.5mm.
Selain itu, Poco X5 Pro 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Blue dan Yellow.
Menariknya, Poco X5 Pro 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 9 Februari ini pada harga RM 1,299 bagi versi 6/128GB manakala versi 8/256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 1,499.
Dalam pada itu, Poco X5 Pro 5G akan ditawarkan secara eksklusif di stor rasmi Poco di Lazada dan Poco juga akan menawarkan kedua versi ini pada harga istimewa bagi pembelian terawal iaitu RM 1,199 (6/128GB) dan RM 1,399 (8/256GB).