Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN :OPPO A78 5G – Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 27

Pengenalan

OPPO memulakan gelombang pelancaran pada tahun 2023 dengan pelancaran telefon pintar didalam OPPO A Series yang merupakan siri telefon pintar kelas midrange dan entry level.

OPPO A Series adalah satu siri telefon pintar yang memfokuskan kepada penawaran spesifikasi penting pada harga yang lebih berpatutan dan boleh diakses oleh semua pengguna dan model ini memberikan anda akses kepada teknologi 5G yang semakin berkembang di Malaysia.

Selepas pelancaran OPPO 77s pada penghujung tahun lalu, OPPO kini telah memperkenalkan OPPO A78 5G untuk pasaran Malaysia sebagai sebuah peranti 5G mampu milik untuk semua pengguna.

Dengan spesifikasi yang lebih menyeluruh, OPPO A78 5G dilihat sebagai telefon pintar 5G mampu milik yang menawarkan nilai belian terbaik.

Adakah OPPO A78 5G adalah sesuatu yang patut anda pertimbangkan sebagai telefon pintar baharu anda menuju ke era 5G ? jom baca ulasan kami.

 

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 28

Reka Bentuk

OPPO A78 5G hadir dengan reka bentuk yang agak premium bagi telefon pintar pada kategori RM 1,000  telefon pintar ini tampil dengan rekaan sisi petak dengan ketebalan hanya 7.9mm.

Sisi OPPO A78 5G ini diperbuat daripada keluli yang mempunyai warna yang menyamai panel belakang yang diperbuat daripada plastik namun terdapat kemasan berkilat pada bahagian modul kamera dan sebahagian panel belakang yang memberikan sedikit keunikan pada panel belakang telefon pintar ini.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 29

OPPO A78 5G  tampil didalam dua warna iaitu Glowing Black dan Glowing Purple seperti unit ulasan kami yang tampil elegan dengan kemasan gradiasi dan telefon pintar ini turut telah menerima pensijilan rintangan air IPX4.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 30

Seterusnya, panel belakang OPPO A78 5G juga memiliki dua kepulauan kamera yang menempatkan dua sensor kamera dan ianya sedikit timbul berbanding panel belakang namun tidak begitu keterlaluan.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 31

Walaupun tampil dengan rekaan yang nipis, OPPO A78 5G masih memiliki bicu audio 3.5mm pada bahagian sisi bawah yang turut menempatkan slot USB-C dan gril pembesar suara stereo yang jarang-jarang ditawarkan pada tahap harga ini.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 32

Pada bahagian sisi kanan, OPPO A77s tampil dengan satu butang kuasa yang juga berfungsi sebagai ciri keselamatan biometrik dengan sensor capjari manakala pada sisi kiri peranti terdapat butang kelantangan bunyi dan slot SIM.

OPPO A78 5G juga telah melalui pelbagai ujian ketahanan yang memastikan telefon pintar ini bersedia untuk situasi dan senario dunia sebenar yang lasak.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 33

Skrin Paparan

OPPO A78 5G  hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.56-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz.

Skrin paparan ini menyokong kadar segar semula 90Hz namun terdapat tetapan untuk anda memilik kadar segar semula 90Hz (High) atau 60Hz (Standard) pada bahagian tetapan.

Skrin paparan OPPO A78 5G  ini adalah jenis LCD dan ianya juga tampil dengan teknologi All-day AI Eye Comfort yang menjanjikan penggunaan yang tidak memberikan kesan kepada mata.

Secara keseluruhanya, panel skrin OPPO A78 5G memberikan pengalaman visual memadai bagi telefon pintar ini namun sokongan resolusi HD+ dilihat tidak lagi sesuai bagi telefon pintar yang mempunyai harga melebih RM 1,000 ini.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 34

Pemproses

OPPO A78 5G dijana dengan cip pemprosesan 5G  daripada MediaTek iaitu Dimensity  700 yang merupakan cipset 5G mampu miliki daripada syarikat pengeluar cip Taiwan ini.

Cip pemprosesan ini menawarkan peningkatan prestasi jauh lebih baik berbanding cip kelas midrange lain  dan ianya juga dipadankan dengan 8GB RAM serta storan dalaman 128GB dan terdapat sokongan Extended RAM yang memberikan sehingga 8GB RAM maya menggunakan storan dalaman.

Selain itu, cip MediaTek Dimensity 700 ini diperbuat daripada proses 7nm yang beberapa tahun lalu merupakan teknologi yang digunakan pada peranti flagship.

Selain itu, OPPO A78 5G juga menyokong kadar microSD sehingga 1TB yang memastikan semua keperluan multimedia anda dapat dipenuhi.

Dalam pada itu, OPPO juga patut diberikan pujian kerana telefon pintar OPPO ini turut menerima antaramuka terkini syarikat ini iaitu ColorOS 13 yang berasaskan Android 13 sekaligus menjadikanya telefon pintar pertama OPPO dengan Android 13 dari kotak.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 35

Kamera

OPPO A78 5G menampilkan penggunaan kamera yang sangat mudah iaitu satu sensor utama 50MP yang dibantu satu sensor Bokeh 2MP.

Sensor utama 50MP yang dimiliki OPPO A77s ini mempunyai aperture f/1.8 dan FoV 77° yang mampu memberikan hasil gambar yang baik dan terdapat juga mod kamera UHD yang memberikan anda fotografi 108MP.

Penggunaan sensor utama 50MP pada telefon pintar didalam kelas harga seperti OPPO A78 5G adalah sesuatu yang boleh dipuji dan ianya ternyata mampu memberikan pengguna hasil gambar yang memuaskan.

Selain itu, sensor bokeh 2MP yang disertakan bersama sensor utama 50MP ini akan membantu untuk mengambil gambar potret atau bokeh yang lebih baik dengan ciri seperti Bokeh Flare Portrait.

Dalam pada itu, OPPO A78 5G juga memiliki kamera selfie 8MP yang mampu memberikan anda hasil selfie yang baik dan telefon pintar ini juga memiliki beberapa filter selfie menarik untuk menjadikan gambar selfie anda lebih artistik dan profesional.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 43

Speedtest kelajuan rangkaian 5G 

Rangkaian 5G di Malaysia kini meliputi hampir keseluruhan kawasan Lembah Klang dan kami antara yang bertuah kerana dapat nikmati rangkaian 5G di kawasan perumahan kami di Seri Kembangan

Ujian kelajuan yang dijalankan pada rangkaian 5G yang ditawarkan oleh YES adalah sekitar 430Mbps yang mana ianya boleh dikatakan tidak memberikan gambaran sebenar kelajuan 5G ini.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 44

Kelajuan rangkaian 5G dikawasan dengan liputan yang lebih optimum mungkin mencecah ke angka 1Gbps namun ianya juga bergantung kepada pola penggunaan 5G dikawasan tersebut

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 45

Bateri

OPPO A78 5G tampil dengan  bateri berkapasiti 5,000mAh yang kini satu kapasiti standard pada kebanyakkan telefon pintar midrange dan entry-level.

Ianya menjanjikan jangka hayat bateri yang baik dan mampu melepasi satu hari penggunaan dengan mudah hasil gabungan cipset yang sangat cekap tenaga.

Selain itu, OPPO A78 5G juga dilengkapi sokongan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang memberikan penggunaan satu pakej pengecasan yang bukan hanya pantas malah mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang dipercayai.

Dengan teknologi pengecasan pantas ini, OPPO A78 5G mampu mencapai pengecasan ke tahap 50% didalam masa kurang dari 30 minit sahaja manakala tambahan 41 minit pengecasan mencukupi untuk mencapai tahap 100%.

ULASAN :OPPO A78 5G - Peranti midrange OPPO yang lengkap dengan 5G 46

Penutup

OPPO A78 5G adalah peranti yang layak menjadi peranti pertama 5G anda pada harga yang amat berpatutan dengan sistem operasi terbaru Android 13.

Selain itu, rekaan OPPO A78 5G  juga memberikan pengguna satu pakej telefon pintar yang kelihatan premium sesuai dengan trend semasa yang menjadikan telefon pintar sebagai satu lagi peralatan fesyen yang melengkapkan penampilan anda.

Walaupun rangkaian 5G masih belum cukup matang di Malaysia, pemilikan telefon pintar 5G seperti OPPO A78 5G memastikan anda mempunyai jaminan bahawa apabila rangkaian 5G telah ditawarkan secara menyeluruh, anda boleh menikmati kelebihan ini.

OPPO A78 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.