Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mencari TWS dengan teknologi ANC yang kena dengan bajet anda?, HUAWEI FreeBuds 5i kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja

Fon telinga adalah satu aksesori yang digunakan untuk pendengaran audio yang lebih peribadi dan mendalam semasa anda mendengar lagu kegemaran anda atau panggilan telefon.

Dengan kemajuan teknologi dan kemunculan fon telinga Bluetooth True Wireless Stereo (TWS), fon telinga berwayar adalah sesuatu yang kelihatan seperti sudah ketinggalan zaman.

Ciri-ciri baru yang menyeronokkan dan praktikal   menjadikan fon telinga tanpa wayar sebagai aksesori hiburan yang sangat diperlukan untuk golongan muda dan membawa kebebasan kepada penggunanya untuk mendengar apa sahaja dan di mana sahaja mereka mahu – sama ada mendengar lagu-lagu terkini, menonton drama paling bergaya atau bermain permainan yang paling aktif.

Hiburan audio-visual merupakan perkara yang penting untuk generasi baru. Mudah alih dan mudah dipakai, kelahiran fon telinga tanpa wayar Active Noise Cancellation (ANC) membantu memenuhi keperluan hiburan audio-visual pengguna muda merentasi pelbagai senario.

Walaubagaimanapun, aspirasi golongan muda melampaui ini, kerana mereka sentiasa mencari pengalaman mendengar berkualiti tinggi yang akan memberi inspirasi kepada mereka untuk menemui lebih banyak keseronokan dalam hidup.

Berita baik untuk semua, Huawei hari ini telah mengumumkan pelancaran HUAWEI FreeBuds 5i, fon telinga  True Wireless Stereo (TWS) yang membawa kualiti audio, gaya dan fleksibiliti yang luar biasa, menjadikan fon telinga TWS yang boleh diakses, bergaya dan penuh ciri dalam kelas harganya.

HUAWEI FreeBuds  5i mewarisi kualiti bunyi dan ciri ANC daripada siri FreeBuds, di samping menggabungkan reka bentuk yang bergaya, pelbagai mod ANC dan EQ, serta sambungan Dual-Device  untuk peralihan lancar peranti dan sistem pengendalian yang berbeza.

Dengan berat sekitar 4.9g, HUAWEI FreeBuds 5i amat selesa dan mudah dipakai oleh pengguna. Reka bentuk fon telinga ini adalah sepanjang 29mm, iaitu 7mm lebih pendek berbanding FreeBuds 4i , ini menjadikannya lebih selesa disesuaikan dengan saluran telinga setiap pendengar.

BUNYI YANG MENAKJUBKAN DAN RESONANS YANG MENARIK MINAT ANDA

HUAWEI FreeBuds 5i memberikan pengalaman muzik resolusi tinggi, dengan pensijilan Hi-Res Audio Wireless (Hi-Res). Ia memanfaatkan perkakasan, algoritma, codec audio LDAC HD dan kesan multi-EQ, untuk memainkan dan menghantar audio HD, memastikan audio asal dipersembahkan dengan betul pada setiap masa.

Selain itu, HUAWEI FreeBuds 5i juga menwarkan  kesan Multi-EQ, yang membolehkan pendengar melaraskan kesan audio secara bebas, seperti memilih mod rangsangan Bass atau Treble, supaya setiap lagu kedengaran murni, sama seperti menyesuaikan diri untuk mendapatkan pengalaman mendengar yang paling diingini yang memenuhi setiap citarasa individu.

KEUPAYAAN PEMBATALAN HINGAR YANG LUAR BIASA UNTUK MENDENGAR MURNI DAN PENGALAMAN PANGGILAN

Untuk memastikan audio yang jelas dan lancar, dengan gangguan minimum terhadap bunyi persekitaran, HUAWEI FreeBuds 5i dilengkapi dengan teknologi pembatalan hingar hibrid yang lain daripada fon telinga tradisional untuk menyekat bunyi frekuensi tinggi secara pasif dengan berkesan.

Ia dilengkapi dengan ANC dwi-mikrofon dan teknologi pembatalan hingar hibrid, yang bukan sahaja mengesan bunyi luaran, tetapi juga menyingkirkan bunyi tambahan di dalam saluran telinga, memberikan kedalaman ANC sehingga 42dB.

Selain itu, apabila anda memakai HUAWEI FreeBuds 5i, anda akan dapat memilih antara beberapa mod pembatalan hingar iaitu Ultra, Umum dan Cozy,  untuk menyesuaikan diri dengan bunyi di mana sahaja anda berada – sama ada di lapangan terbang yang sibuk, stesen kereta api bawah tanah, restoran, pejabat atau rumah yang tenang.

Seterusnya, panggilan audio pada  HUAWEI FreeBuds 5i juga dilengkapi dengan ciri pembatalan hingar AI yang membezakan dan meningkatkan suara anda menggunakan algoritma rangkaian AI untuk memastikan panggilan jelas.

CIRI LANCAR YANG MEMBOLEHKAN ANDA MENJALANI KEHIDUPAN YANG SELESA

HUAWEI FreeBuds 5i juga membawakan fleksibiliti dengan ciri pintar, jangka hayat bateri yang panjang dan kalis rintangan air IP54 – membolehkan anda menjalani kehidupan yang selesa tidak kira di mana anda berada.

Dalam pada itu, HUAWEI FreeBuds 5i juga  menyokong sambungan dwi peranti, pengguna boleh berhubung antara peranti dan sistem pengendalian yang berbeza dengan lancar termasuk telefon pintar, tablet, PC dan jam pintar, serta pada platform Android, iOS dan Windows. Pengguna boleh bertukar antara muzik, mesyuarat dan panggilan merentas peranti tanpa menukar kesambungan secara manual.

Selain itu, HUAWEI FreeBuds 5i menawarkan jangka hayat bateri sehingga 28 jam dan sokongan pengecasan pantas yang menawarkan 4 jam pendengaran muzik hanya dengan pengecasan selama 15 minit.

Selain itu, HUAWEI FreeBuds 5i juga membolehkan anda mengambil gambar dari jauh dengan mengetuk fon telinga anda dua kali, supaya anda boleh mengambil gambar yang hebat.

HARGA DAN TARIKH JUALAN

HUAWEI FreeBuds 5i akan ditawarkan pada harga RM399 dan ianya boleh didapati di seluruh negara bermula 3 Februari 2023 melalui semua HUAWEI Experience Store , Laman Web Rasmi HUAWEI,  Stor Rasmi HUAWEI di  Shopee, dan HUAWEI Flagship Store di Lazada 

HUAWEI FreeBuds 5i ini akan tersedia dalam tiga varian warna yang bergaya iaitu Nebula Black, Isle Blue dan Ceramic White.

Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkanya pada harga istimewa RM339 sahaja!

Bermula hari ini sehingga 2 Februari 2023, pengguna boleh menikmati baucar diskaun awal (bernilai RM10) di samping rebat tunai RM50 sedia ada bagi pembelian HUAWEI FreeBuds 5i.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan tawaran ini, log masuk ke saluran masing-masing dan jadilah salah seorang yang pertama untuk memiliki HUAWEI FreeBuds 5i .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.