Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp bakal menawarkan ciri penghantaran imej berkualiti tinggi

Aplikasi WhatsApp telah menyaksikan pelbagai penambahbaikan dari semasa ke semasa namun salah satu kekurangan ketara yang dimiliki aplikasi permesejan yang amat popular dikalangan pengguna di Malaysia adalah penghantaran gambar pada kualiti asal.

WhatsApp kini telah mula menguji ciri penghantaran gambar pada kualiti asal melalui program beta Google Play dan ini bermaksud ciri akan tiba kepada pengguna tidak lama lagi.

WABetaInfo telah berkongsi satu screenshot yang menunjukkan bagaimana penghantaran gambar pada kualiti asal boleh dilakukan dimana akan terdapat ikon gear yang membolehkan pengguna memilih kualiti gambar sebelum dihantar.

Ini sudah pastinya memudahkan lagi penghantaran gambar pada kualiti tinggi dan pengguna seperti kami mahu ciri ini turut dipanjangkan untuk penghantaran video.

Dalam pada itu, anda masih boleh menghantar gambar atau video pada kualiti tinggi pada versi WhatsApp yang terkini iaitu dengan menghantarnya sebagai ‘documents’.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.