Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia C12 dilancarkan dengan Android 12 Go Edition – RM 559

Nokia C12 dilancarkan dengan Android 12 Go Edition - RM 559 1

Nokia C12 dilancarkan dengan Android 12 Go Edition - RM 559 2

HMD Global secara rasminya telah melancarkan Nokia C12, sebuah telefon pintar bajet yang tampil dengan Android 12 Go Edition.

Nokia C12 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.3-inci dengan resolusi HD+, pemproses 28nm Unisoc SC9863A1, 2GB RAM + 2GB RAM Virtual, storan dalaman  64GB (eMMC 5.1) dan GPU PowerVR IMG 8322

Selain itu, Nokia C12 mempunyai dua unit kamera iaitu satu sensor utama 8MP dibelakang yang memiliki pemfokusan auto dan LED flash dan kamera selfie 5MP.

Seterusnya, Nokia C12 ini juga mempunyai bateri 3,000mAh dengan pengecasan 5W, Wi-Fi b/g/n, Bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm dan slot microUSB untuk pengecasan serta reka bentuk tahan lasak dengan pensijilan IP52.

Selain itu, HMD juga menjanjikan 2 tahun kemaskini keselamatan bagi Nokia C12 namun tiada sebarang maklumat kemaksini OS.

Nokia C12 akan ditawarkan pada harga €120 (RM 559) bermula dipasaran Jerman dan Austria sebelum ke pasaran lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.