Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor akan membuat penampilan di MWC 2023 – mungkin lancar Honor Magic5 Series

Honor akan membuat penampilan di MWC 2023 - mungkin lancar Honor Magic5 Series 3

Laman rasmi persatuan GSM telah mengesahkan bahawa Honor akan membuat penampilan rasmi di Mobile World Congress 2023 yang akan berlangsung di Barcelona bermula 27 Februari.

Ini memberikan petunjuk bahawa Honor mempunyai perancangan untuk melancarkan Honor Magic5 Series selepas melancarkan Honor Magic4 Series di MWC 2022.

Jika tepat, Honor dijangka akan memperkenalkan tiga model iaitu Honor Magic5 , Honor Magic5 Pro dan Honor Magic5 Ultimate yang dijangka akan disertakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sensor utama 50MP.

Buat masa ini Honor masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kehadiranya di MWC 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.