Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CEO Samsung menjanjikan pengalaman kamera dan prestasi terbaik pada Galaxy S23 Series tahun ini

Ketua Pegawai Eksekutif Samsung, TM Roh telah berkongsi tentang apa yang anda boleh jangkakan pada Samsung Unpacked 2023 dan hala tuju Samsung dari segi teknologi mampan.

TM Roh berkata Samsung memfokuskan kepada penambahbaikan kamera gred-pro pada Galaxy S23 Series tahun ini yang membolehkan ianya menawarkan kebolehan fotografi dan videografi terbaik pada mana-mana keadaan cahaya.

Selain itu, TM Roh juga berkata bahawa cipset terbaru ini yang terhasil dari kerjasama terbuka Samsung yang membolehkan ianya menawarkan prestasi Galaxy terpantas dan paling berkuasa. Ketersambungan ekosistem kami Samsung juga semakin mudah dan lancar berbanding sebelum ini.

Selain itu, Samsung juga telah menerapkan sepenuhnya pengalaman Galaxy Note pada model Ultra dan TM Roh menjanjikan lebih banyak penambahbaikan pada generasi tahun ini.

Seterusnya, TM Roh juga memperkatakan tentang teknologi mampan dengan membina peranti yang tahan lebih lama dengan ketahanan dan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan. Ini bermakna menggabungkan lebih banyak bahan kitar semula ke dalam lebih banyak komponen.

Akhir kata, Jangan lupa untuk saksikan pelancaran Samsung Galaxy Unpacked 2023 pada 1 Februari ini.

maklumat lanjut di : www.samsung.com/my/unpacked

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.