Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jenama Infinix kini mengegar pasaran Malaysia dengan telefon pintar NOTE 12 2023 yang terhasil dengan kerjasama permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

Pada pertengahan tahun 2022, sebuah jenama telefon pintar global telah menandakan kemasukan-nya ke arena telefon pintar Malaysia dengan menjanjikan produk yang lebih berkuasa pada harga yang berpatutan.

Jenama yang kami maksudkan adalah Infinix, yang turut diiktiraf sebagai antara syarikat telefon paling berkembang pesat didunia dan prestasi syarikat ini di pasaran Malaysia sepanjang tahun 2022 juga tidak kurang hebatnya.

Untuk rekod, Infinix telah memperoleh lebih 100,000 pengguna berdaftar bagi tahun 2022 dan ini adalah permulaan yang baik bagi sebuah syarikat yang baru sahaja mula bertapak di Malaysia.

Seterusnya, bagi tahun 2023, Infinix menyasarkan untuk mengembangkan lagi pengaruh syarikat ini di Malaysia dengan menawarkan produk yang tampil dengan teknologi pintar terkini, terhebat dan paling praktikal kepada pengguna muda tempatan secara umumnya.

Dalam pada itu, bagi menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik, Infinix Malaysia kini mempunyai 28 pusat servis bertauliah di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. 

Senarai pusat servis ini boleh dilihat di : https://bit.ly/InfinixMYServiceCentres

Untuk mencapai matlamat ini, Infinix mempertaruhkan telefon pintar Infinix NOTE Series yang selari dengan visi Infinix untuk menawarkan pelanggan peranti yang memiliki prestasi hebat dan reka bentuk yang bergaya.

Selain itu,  Infinix juga telah menjalinkan kerjasama dengan permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan bersempena dengan Kejohanan Dunia M4 iaitu kejohanan profesional antarabangsa MLBB terbesar yang disertai pemain elit MLBB untuk merebut gelaran juara dunia, Infinix Malaysia akan melancarkan telefon pintar Infinix NOTE 12 2023 dalam pembungkusan MLBB Light Chaser Beatrix M4 baharu pada bulan Februari.

Menariknya, Infinix NOTE 12 2023 edisi khas ini juga akan menampilkan kulit eksklusif M4 – Light Chaser Beatrix.

Berikut adalah tiga ciri utama Infinix NOTE 12 2023 yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar terbaik untuk pengalaman gaming yang lebih memuaskan :

Skrin Paparan True Colour AMOLED  berukuran 6.7-inci 

Pengalaman gaming terbaik sudah pastinya bermula dengan panel skrin yang premium dan Infinix NOTE 12 2023 tampil dengan skrin paparan True Color AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Panel skrin ini memastikan setiap interaksi pengguna adalah responsif dan menjanjikan pengalaman yang imersif baik ketika bermain permainan video ataupun kandungan multimedia. 

Selain itu, panel True Color AMOLED ini juga menawarkan warna dan kontras yang lebih realistik dengan gamut warna 100% DCI-P3 dan nisbah kontras 100,000:1.

Bateri 5000mAH dengan pengecasan pantas 33W 

Memiliki kapasiti bateri yang bermaksud pengguna tidak perlu risau mengenai ketahanan bateri dan  Infinix NOTE 12 2023 telah disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang memastikan anda menikmati penggunaan yang lebih lama didalam satu pengecasan. 

Tak cukup dengan itu, Infinix NOTE 12 2023 juga disertakan dengan pengecasan pantas 33W yang membolehkan anda mengecas peranti anda dengan lebih cepat dan cekap. 

Dalam pada itu, bateri 5,000mAh yang digunakan pada Infinix NOTE 12 2023 juga tidak memberikan sebarang kesan kepada rekaan telefon pintar ini kerana ianya masih tampil nipis dan elegan pada ukuran 7.88mm dengan berat 192.5gram yang menjanjikan pengalaman yang selesa dan ergonomik ketika digunakan.

Monster Gaming Kit & Kapasiti RAM yang lebih besar

Kerjasama Infinix dengan dengan permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) membuktikan bahawa Infinix NOTE 12 2023 adalah sebuah telefon pintar gaming berkupayaan tinggi dan Infinix turut telah menyertakan ciri kebanggaan syarikat ini iaitu Monster Gaming Kit.

Selain itu, Monster Gaming Kit pada Infinix NOTE 12 2023 terdiri daripada XArena (Teknologi Dar-Link Game Booster ), penambahbaikan grafik, revive countdown, sistem taktil motor linear dengan vibraasi 4D, sistem penyejukan grafit 10 lapisan dan pembesar suara stereo dengan Hi-Res dan DTS. 

Dengan teknologi Monster Gaming Kit ini, pengguna boleh meningkatkan pengalaman permainan mereka tanpa perlu risau tentang lag dan pembebasan haba yang melampau serta kombinasi cip gaming MediaTek dan kapasiti RAM sehingga 13GB (8GB + Extended RAM 5GB).

Perbezaan antara Infinix NOTE 12 2023 dan telefon pintar pada kelas harga yang sama adalah fungsi giroskopik fizikal baharu, memberikan pengguna pengalaman permainan yang lebih realistik.

Secara keseluruhanya,  Infinix NOTE 12 2023 terhasil untuk memberikan kelajuan & kuasa yang diperlukan pengguna didalam kehidupan peribadi dan profesional. Ia bertujuan untuk mencabar batasan dan memecahkan jurang harga untuk memiliki prestasi kelas pertama.

Infinix NOTE 12 2023  MLBB Light Chaser Beatrix M4 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 bagi varian 8GB + 128GB dan RM 899 bagi varian 8GB+256GB.

Infinix NOTE 12 2023  MLBB Light Chaser Beatrix M4 boleh dibeli dari Februari 10, melalui stor flagship rasmi Infinix di Lazada dan Shopee seperti pada pautan dibawah ;

Stor flagship rasmi Infinix di Shopee

Stor flagship rasmi Infinix di Lazada 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.