Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme tawar promosi menarik sempena CNY

Kita semakin menghampiri perayaan tahun baru cina yang akan disambut pada penghujung minggu ini dan seperti tahun-tahun sebelum ini, promosi untuk membeli telefon pintar pilihan anda juga ditawarkan serentak.

realme Malaysia telah mengumumkan bahawa realme 10 Pro dan realme 10 Pro+ akan ditawarkan melalui stor Touch & Go E-Wallet E-Store bermula 20 Januari ini dan 50 pembeli pertama akan menerima ganjaran bernilai RM498 yang termasuk realme Buds T100, waranti lanjutan 1 tahun, waranti perlindungan skrin 1 tahun dan waranti kerosakan panel belakang 1 tahun.

Kotak hadiah realme x Simplysiti

Raikan Tahun Emas 2023 dengan realme. Anda akan menerima set kotak edisi terhad – dapatkan kotak emas dengan sebarang pembelian realme 10 Pro atau 10 Pro+ di kedai jenama terpilih.

Set kotak edisi terhad ini termasuk produk eksklusif Simplysiti dan 2 tiket wayang yang bernilai sehingga RM200 dan promosi ini sah sehingga 31 Jan.

Pelan Perlindungan

Anda boleh menikmati perlindungan percuma untuk peranti realme anda yang bernilai sehingga RM299 termasuk 1 tahun waranti lanjutan , 1 tahun waranti  skrin  dan 1 tahun waranti kerosakkan panel belakang dengan sebarang pembelian realme 10 Pro atau 10 Pro+. Promosi ini tersedia di kedai jenama terpilih dari 18 Jan hingga 22 Jan 2023.

Anda boleh menikmati 1 tahun waranti lanjutan untuk peranti realme anda yang bernilai sehingga RM69 dengan sebarang pembelian realme C30s atau realme C33. Promosi ini tersedia di kedai jenama terpilih dari 18 Januari hingga 22 Januari 2023.

untuk lebih banyak promosi sila kunjungi realme brand store yang terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.