Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung lancar sensor ISOCELL HP2 khas untuk Samsung Galaxy S23 Ultra

Samsung secara rasminya telah mengumumkan sensor 200MP terbaru syarikat ini iaitu ISOCELL HP2 dengan teknologi serba baharu untuk meluaskan julat dinamik dan mempertingkatkan penghasilan semula warna.

Sensor 200MP ISOCELL HP2 mungkin dilihat lebih bawah dari ISOCELL HP3 namun berdasarkan kenyataan rasmi Samsung, ianya adalah sensor yang terbaik daripada syarikat gergasi Korea setakat ini.

Selain itu, sensor HP2 ini membawakan teknologi pixel binning terbaru iaitu Tetra2pixel dan teknologi  Super QPD mengenali kedua-dua corak mendatar dan menegak  AF yang pantas dan tepat walaupun dalam keadaan cahaya malap.

Samsung sudah pastinya akan menceritakan kebolehan sensor ini di Samsung Unpacked 2023 yang akan berlangsung pada 1 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.