Canon Malaysia buka studio terbaru di KidZania dengan tema ‘Inspiration through Exposure’
Canon PowerShot ZOOM dan Canon PowerShot PICK telah menghidupkan dunia pengimejan digital di KidZania di bawah tema terbaharu mereka iaitu Inspiration through Exposure yang menawarkan peluang kepada peserta-peserta muda untuk mencuba mendalami teknologi canggih.
Bersandarkan kepada pengkhususan KidZania di atas platform pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk kanak-kanak, kerjasama ini membolehkan Canon mencipta saluran yang memanfaatkan kemahiran insaniah sambil memupuk minda anak-anak muda dengan kesenian yang didorong oleh teknologi.
Dengan adanya usaha ini bakat-bakat muda yang beraspirasi tinggi ini dapat mengasah keyakinan mereka dalam seni ekspresi abad ke-21. Justeru itu perkembangan kreativiti di kalangan generasi media sosial akan lebih pesat melalui penciptaan kandungan.
Ruang ini juga membuka peluang untuk melibatkan diri mereka secara kreatif bersama-sama bakat-bakat muda yang lain dengan melakukan aktiviti “Role-playing” yang tersedia di Kidzania untuk memupuk minat terhadap fotografi dan videografi.
Antara aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah dijalankan baru-baru ini, 24 orang kanak-kanak dan remaja dari Yayasan Chow Kit telah dibawa ke Kidzania untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Mereka berpeluang mempelajari asas fotografi disamping meneroka bidang birding (penerokaan burung) dengan PowerShot ZOOM (kamera monocular zoom super unik) dan vlogging melalui PowerShot PICK (kamera berkuasa AI untuk penciptaan kandungan video).
Selain daripada menjadi pemacu global dalam bidang pengimejan dan teknologi, usaha ini turut menyokong komitmen mereka dalam memastikan peluang yang adil dan sama rata untuk semua. Canon akan terus menawarkan sokongan dan memupuk wajah masa depan di dalam industri kreatif kerana masa depan adalah generasi yang akan datang.