Nubia Z50 dengan skrin AMOLED 120Hz dan cip Snapdragon 8 Gen 2 kini rasmi – harga sekitar RM 1,900 sahaja
Nubia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Nubia Z50 yang dijana dengan cip terbaru Snapdragon 8 Gen 2.
Nubia Z50 hadir dengan skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini juga menyokong 100% ganut warna DCI-P3 dan kecerahan maksima 1,000nits.
Selain itu, Nubia Z50 juga hadir dengan RAM jenis LPDDRX5 pada kapasiti sehingga 16GB manakala storan dalaman adalah jenis UFS 4.0 dengan kapasiti yang ditawarakan adalah antara 128GB sehingga 1TB serta antaramuka MyOS 13 yang berasaskan Android 13.
Dalam pada itu, Nubia Z50 memiliki sensor utama 64MP Sony IMX787 yang mempunyai aperture f/1.6 dan OIS, sensor ultrawide 116° 50MP dengan pemfokusan auto dan sokongan fotografi makro. Kamera selfie Nubia Z50 adalah 16MP.
Seterusnya, Nubia Z50 juga memiliki motor vibrasi x-axis, pembesar suara stereo, sistem penyejukan VC dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W.
Nubia Z50 kini ditawarkan di China pada harga dari CNY 2,999 (RM 1,902) sehingga CNY 5,999 (RM 3,805).