Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11 akan dilancarkan di pasaran global pada 7 Februari 2023

OnePlus dijangka akan memperkenalkan telefon pintar flagship 2023 mereka untuk pasaran China didalam waktu terdekat namun syarikat ini juga telah mengesahkan bahawa pelancaran global OnePlus 11 ini akan berlangsung pada 7 Februari 2023.

OnePlus 11 dan OnePlus Buds Pro 2 akan diperkenalkan di majlis pelancaran OnePlus Cloud 11 yang akan berlangsung di New Delhi, India.

OnePlus 11 dijangka akan menjadi satu-satunya model flagship OnePlus tahun ini dengan halatuju baharu bersama OPPO.

Seterusnya, OnePlus 11 dijangka akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, sehingga 16GB RAM, storan dalaman 512GB, sistem kamera Hasselblad, alert silder dan pengecasan pantas 100W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.