Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia Focus Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999

nubia Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran nubia Focus Pro 5G di Malaysia yang merupakan sebuah peranti 5G kelas midrange.

nubia focus Pro 5G hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz dan animasi Live Island , dikuasakan cip Unisoc T760 5G bersama 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Selain itu, nubia Focus Pro 5G  juga memiliki sensor utama 108MP yang memiliki OIS, sensor ultrawide/makro 5MP dan sensor depth 2MP dibahagian belakang manakala sensor selfie adalah 32MP. Ianya turut disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 33W. lain-lain ciri nubia Focus Pro 5G adalah butang khas untuk kamera , NFC, pembesar suara DTS dan rekaan Classic Design.

nubia Focus Pro 5G kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 999 di Shopee dengan diskaun RM 50 dan hadiah percuma ZTE Bluetooth Speaker.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.