Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 80 GT akan dilancarkan pada 26 Disember ini

Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 80 GT akan dilancarkan pada 26 Disember ini dan ianya akan turut disertakan dengan pelancaran tablet Honor V8 Pro.

Honor 80 GT merupakan model keempat didalam keluarga Honor 80 Series namun model ini tampil dengan rekaan yang berbeza dan telefon pintar juga dijangka akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 seperti pada Honor 80 Pro.

Selain itu, Honor 80 GT dijangka akan tampil dengan skrin paparan LCD beresolusi FHD+ namun akan memiliki kadar segar semula 144Hz.

Selain itu, nama GT pada model ini mungkin bermaksud ianya sebuah peranti yang memfokuskan kepada

Dalam pada itu, tablet Honor yang akan dilancarkan ini dijangka akan menawarkan sokongan stylus dan terdapat lampu flash LED yang disertakan bersama sensor utama dibelakang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.