nubia Neo 3 5G dan Neo 3 GT 5G kini rasmi di Malaysia – dari RM 999 sahaja

nubia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming mampu milik nubia Neo 3 Series 5G di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 999 sahaja.
nubia Neo 3 Series 5G ini hadir didalam dua model iaitu nubia Neo 3 5G dan Neo 3 GT 5G yang memiliki rekaan Mecha dengan lampu RGB pada panel belakang.
nubia Neo 3 5G
Terus ke spesifikasi, nubia Neo 3 5G hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip Unisoc T8300 5G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki dua shoulder triggers dan AI Game Space 3.0.
Selain itu, nubia Neo 3 5G juga memiliki sensor utama 50MP bersama satu sensor monokrom 2MP, kamera selfie 16MP dan turut dikuasakan bateri 6,000mAh bersama pengecasan pantas 33W.
Dalam pada itu, nubia Neo 3 5G juga memiliki sistem penyejukan VC, pembesar suara stereo dengan DTS:X Ultra dan 2 tahun kemaskini Android.
nubia Neo 3 5G akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999 dan pra-tempahan kini dibuka di Shopee dimana setiap pembelian akan menerima nubia gift box bernilai RM 149 yang mengandungi Magnetic Phone Case, Magnetic Cooler dan Gaming IP Girl Badge.
nubia Neo 3 GT 5G
Terus ke spesifikasi, nubia Neo 3 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip Unisoc T9100 5G, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki dua shoulder triggers dan AI Game Space 3.0.
Selain itu, nubia Neo 3 GT 5G juga memiliki sensor utama 50MP bersama satu sensor monokrom 2MP, kamera selfie 16MP dan turut dikuasakan bateri 6,000mAh bersama pengecasan pantas 80W serta Bypass Charging.
Dalam pada itu, nubia Neo 3 GT 5G juga memiliki sistem penyejukan VC, pembesar suara stereo dengan DTS:X Ultra dan 2 tahun kemaskini Android.
nubia Neo 3 GT 5G akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1199 dan pra-tempahan kini dibuka di stor rasmi nubia di Shopee dimana setiap pembelian akan menerima nubia gift box bernilai RM 149 yang mengandungi Magnetic Phone Case, Magnetic Cooler dan Gaming IP Girl Badge.